HONG KONG: Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, memenangi gelaran dunia pertamanya apabila muncul juara dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, sebentar tadi.
Selepas 10 tahun menunggu akhirnya The Pocket Rocketman memenangi pingat emas pertama di Track Cycling World Championships 2017 di Hong Kong.
Selepas 10 tahun menunggu akhirnya The Pocket Rocketman memenangi pingat emas pertama di Track Cycling World Championships 2017 di Hong Kong.
Azizulhasni yang digelar "Pocket Rocketman" memecut pada pusingan terakhir meninggalkan peserta Colombia, Fabian Puerta dan Republik Czech, Tomas Babek. - AFP
Azizulhasni buktikan saiz bukan penghalang
Jaguh pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya membuktikan bahawa saiz fizikal yang kecil bukan penghalang untuk bergelar juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong semalam.
Azizulhasni yang terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman' berkata beliau tidak pernah berputus asa selama berusaha 10 tahun walaupun akur bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba luar negara yang mempunyai saiz tubuh badan lebih tinggi dan fizikal besar.
"Setiap hari semasa sesi latihan, saya berusaha keras ke tahap maksimum. Orang mengatakan saya tidak boleh berjaya dalam sukan ini kerana saiz fizikal saya.
“Saya tahu saya bersaing dengan mereka yang bertubuh sasa dan berbadan besar," katanya dalam laman Instagram azizulawangofficial.
“Saya tahu saya bersaing dengan mereka yang bertubuh sasa dan berbadan besar," katanya dalam laman Instagram azizulawangofficial.
Azizulhasni berkata kemenangan itu juga merupakan detik manis sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan pingat gangsa pada 2015 dan 2016.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga pernah memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment