RUU AKTA 355 - BERHIMPUN LAGI DI PARLIMEN?
PARLIMEN masih berbaki dua tiga hari lagi. Belum terlambat untuk Pas pujuk dan rayu Umno agar bawa pindaan RUU Akta 355 ini. Jika perlu, minggu depan bawa seramai mungkin budak2 tahfiz ke Parlimen, bawa plakad dan buat solat hajat di depan Parlimen agar pemimpin2 Umno insaf dan sedar bahawa tak baik asyik mungkir janji dan menipu sesama Muslim.
Jamil Khir dan Asyraf Wajdi Dusuki orang kuat agama dari Umno telah diusung ke Padang Merbok. Mengapa sampai hati di hadapan sejuta yg berhimpun di Padang Merbok kedua2 pemimpin ini menipu? Tidak cukup dengan itu, TPM pun ikut sama tumpang menipu. Akhrnya Najib ikut cakap MCA dan beberapa komponen yg lain. Azalina tomboi yg cadangkan agar Hadi bawa pindaan itu pun terus membisu sekarang. Najib bukan ikut cakap Dap pun, tapi Dap yg kena maki oleh lebai.
Meskipun Nik Beduh cakap, kena tipu lebih baik dari menipu, tapi aku rasa tak baik amalkan selalu prinsip tu. Aku harap Pas serius kali ini dan wajib tekan Umno bukannya menjiratkan sesiapa yg tidak ada kuasa.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 12:17 PTG 1
ULASAN: Tanpa Nama1 April 2017 4:55 PTG Terkemut2 agaknya Jamil bila Jibby ditunggang MCA. Konsensus BN bukti Umno lemah dan terpaksa tunduk kepada suara minoriti. Suara Lobai? Setakat dapat 3 dan 37 undi tak payah bisinglah!
No comments:
Post a Comment