Najib-Umno akan bertemu 'ajal', kata Salahuddin
| DALIA ISMAIL
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menjangkakan dua penggal pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Umno dijangka akan berakhir setelah melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat Menteri Tugas-tugas Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Najib telah bertemu saat ajalnya...kerana tanda ajal Najib dan Umno apabila dia melantik sepupunya menjadi menteri tugas-tugas khas.
"Sudah ada 8 menteri di Jabatan Perdana menteri. Yang jaga agama, jaga parlimen, jaga mahkamah sudah bertindih...tak cukup 8 kena ada seorang lagi," ujarnya ketika brucap pada Ceramah Umum Pakatan Harapan 'Undur Najib Selamat Malaysia' yang diadakan di Kampung Pandan Dalam,malam tadi.
Salahuddin berkata, Presiden Umno itu tidak mahu berterus terang mengenai hubungan yang kurang baik dengan Naib Presiden merangkap pemangku Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Cakaplah terus terang nak buang Zahid kan senang. Nak lantik Hisham untuk apa?," soanya lagi.
Justeru beliau mencabar Najib untuk senaraikan tugasan jawatan yang disandang Hishammuddin itu.
"Saya cabar senaraikan tugas-tugas khas itu apa?
"Kata Hisham tugasnya memantau keselamatan di Sabah.
"Awk (Hishammuddin) Menteri Pertahan ada segala kelengkapan ketenteraan boleh arahkan seluruh kekuatan untuk menjaga Sabah.
"Sebenarnya, jawaban dia (jawaban Hishammudin) satu sindiran besar kepada Najib.
"Najib merasakan ajal nak sampai mungkin nak berhenti. Jadi untuk memastikan jika dia berhenti dia tidak masuk penjara Sungai Buluh jika ada Hisham.
"Ada pula orang beritahu saya, dia bermimpi bilik Anwar, Najib yang masuk...itu mimpi dialah nak percaya boleh, tak mahu percaya pun boleh," selorohnya disambut gelak ketawa lebih kurang 1,000 hadirin.
Turut hadir menyampaikan ceramah umum Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad,Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Adun Teratai Tiew Wey Keng.
Hadir sama Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Rashid Asaari dan Ketua Bersatu Bahagian Pandan Hazli Razali.
Dalam ucapannya juga Salahuddin menyentuh mengenai kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Pakatan Harapan akan membantu untuk menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Beliau turut menyebut Pas yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan dianggap gabungan itu sebagai parti kawan BN.
"Parti yang mahu bersama dengan kita, kita namakan Pakatan Harapan... yang tidak mhahu dengan kita, itu parti kawan BN.
"Kezaliman Najib tidak ada tolok bandingnya. Tidak boleh terampun.
"Tugas kita bebaskan negara pada kezaliman sama ada agamawan atau bukan agamawan.
"Kezaliman pemimpin yang zalim dibantu oleh agamawan yang korup.
"Ini kita kena hentikan. Kita ada matlamat Pakatan Harapan untuk bebaskan negara dari kezaliman denganurus tadbir yang lebih baik untuk anak cucu kita," ujarnya.
Justeru katanya, dengan gabungan PKR,DAP,Amanah dan Bersatu terletaknya harapan rakyat untuk menamatkan kekuasaan Umno-BN.
"Hanya Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
" Mereka ada sejuta kekuatan dan berbilion ringgit serta mereka boleh mengerahkan tenaga pegawai-pegaawai kerajaan untuk bersama mereka, tetapi apa yang ada pada kita?
"Pada PKR, DAP,Amanah dan Bersatu...kita ada perpaduan kukuh untuk menentang Umno-BN.
"Walaupun kita pada hari ini berhadapan cabaran dan rintangan kita percaya rakyat bersama dengan kita," ujarnya yang mengakui 52% undi popular Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak mencukupi untuk menumbangkan Umno-BN.
"Sesiapun mengakui itu tidak cukup.
"InsyaAllah kita mahu semua menang. Sekiranya kita tidak ada 52 % kita tidak akan boleh menang kerana negara amalkan 'first past the post yang akan menjadi pemerintah.
"Oleh itu kita saling memerlukan dan saling hormat menghormati untuk bersama bekerja demi masa depan Malaysia," ujarnya.
No comments:
Post a Comment