Berucap di dalam majlis penutupan Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMANAH Perak.
Saya menekankan agar jentera dapat melipat gandakan gerak kerja pilihan raya disemua peringkat.
Selain itu, jentera diingatkan agar berusaha menangkis persepsi-persepsi yang dimainkan dalam menggagalkan usaha untuk menyelamatkan Malaysia dari kencaman BN.
Ayuh tingkatkan gerak kerja! — di Ipoh, Perak.
Saya menekankan agar jentera dapat melipat gandakan gerak kerja pilihan raya disemua peringkat.
Selain itu, jentera diingatkan agar berusaha menangkis persepsi-persepsi yang dimainkan dalam menggagalkan usaha untuk menyelamatkan Malaysia dari kencaman BN.
Ayuh tingkatkan gerak kerja! — di Ipoh, Perak.
Sekretariat mesyuarat Rabu putuskan pendaftaran Pakatan Harapan
| MALAYSIA DATELINE
Tun Mahathir bersama pemimpin Pakatan Harapan dalam sidang media di Kuang, Selangor malam tadi.
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan akan bermesyuarat Rabu ini bagi membuat persiapan terakhir tentang struktur, perlembagaan dan logo baru gabungan politik itu sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Selepas diperhalusi, kesemua akan diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diluluskan dan seterusnya didaftarkan kepada RoS.
"Mesyuarat majlis sekretariat akan perhalusi cadangan struktur, perlembagaan dan logo Pakatan Harapan.
"Saya jangka seminggu selepas majlis sekretariat, Majlis Presiden akan bermesyuarat untuk meluluskannya," kata anggota majlis itu Izham Hashim.
Izham yang juga Pengerusi Amanah Selangor berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahahthir Mohamad di Kuang, Selangor malam tadi.
Dalam sidang media itu, Mahathir berkata, majlis presiden Pakatan Harapan akan berjumpa untuk menyelesaikan perdaftaran gabungan politik baru itu.
Sidang media itu diadakan selepas Mahathir berucap di majlis "Himpunan Pakatan Bersatu" anjuran NGO Persatuan Pengundi Selangor atau Voices disebuah cafe dekat Kuang.
Lebih 2,000 termasuk pemimpin Pakatan Harapan menyertai majlis makan malam dan ucapan itu.
No comments:
Post a Comment