Pages

Sunday, 16 April 2017

[Video Hisham Akan Hapuskan Segala Dosa Najib & Rosmah] PAS nak tadbir Malaysia? Terengganu dan Kedah pun ke longkang!

Ahad, 16 April 2017




Macai UMNO cabut dan buang bendera PAS ke dalam parit..


200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

PAS nak tadbir Malaysia?: Terengganu dan Kedah pun ke longkang!

Jika nak tadbir Malaysia pilih PAS atau Umno, kata Hadi

 | April 16, 2017
Hadi berkata, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau Umno, dan PAS ada jati diri Islam.
hadi-pas-umno
PETALING JAYA: Mana-mana parti yang ingin mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada PAS ataupun Umno kerana kuasa politik orang Melayu terletak pada kedua-dua parti itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”
“Kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan Umno. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau Umno,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.
Beliau yang sebelum ini berkata pemimpin Malaysia seharusnya seorang beragalam Islam ditanya mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu.
Sebelum ini PAS mengumumkan mahu turun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blog ke-3 dan tidak berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).
Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”
FMT
*Jenih dok sedor diri! 
Posted by fakhruddin yusoff /Mountweller

No comments:

Post a Comment