Pages

Saturday, 1 April 2017

[Video Lawatan Kerja Najib & Rosmah Melawat Artis (Rajnikand) di India] Profesor: Semua pengarah 1MDB perlu bertanggungjawab.

Sabtu, 1 April 2017

BEBAS ANWAR PENJARA NAJIB

Profesor: Semua pengarah 1MDB perlu bertanggungjawab


Semua pengarah 1MDB sejak 2013 harus bertanggungjawab terhadap skandal berbilion wang syarikat itu dan bukan hanya bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi sahaja perlu berbuat demikian.
Profesor politik ekonomi, Edmund Terence Gomez, berkata demikian dalam satu forum mengenai 1MDB di Petaling Jaya hari ini.
"Apabila skandal (1MDB) akhirnya terbongkar, tak banyak berita mengenainya dan hari ini mereka semua telah dilepaskan.
"Mereka harus bertanggungjawab untuk apa yang telah berlaku kerana mereka yang menjadi pengarah," kata Gomez.
Katanya, beberapa orang pengarah berkenaan mungkin akan mendakwa mereka tidak tahu apa-apa mengenai skandal tersebut kerana Shahrol adalah orang yang berpaling daripada keputusan lembaga dalam kedua-dua entiti.
"Tetapi anda masih pengarah. Bakke meletak jawatan. Azlan Zainol meletak jawatan," katanya merujuk kepada bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan ahli lembaga pengarah, Tan Sri Azlan Mohd Zainol.
Kedua-dua mereka meletak jawatan sebagai protes selepas AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) bagi usahasama 1MDB-PetroSaudi International dilencongkan ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment