Pages

Tuesday, 4 April 2017

[Video LEDAKAN RAKYAT! Rakyat Melaka Beramai-ramai Tinggalkan Umno] Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini.

Selasa, 4 April 2017

Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini













Parti Generasi Baru memohon untuk menyertai  rakan parti dalam gabungan Pakatan Harapan  yang disertai PKR,DAP,Amanah dan Bersatu hari ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan surat permohonan rasmi parti itu kepada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen petang ini.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  (kanan) ketika menyerahkan surat permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Fahmi Fadzil (kiri).-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kanan) ketika menyerahkan surat permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Fahmi Fadzil (kiri).-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Walaupun Parti Generasi Baru (NewGen Party) ini merupakan sebuah parti yang tidak aktif, namun Khairuddin berpendapat kepimpinan tertinggi parti itu menyakini permohonan keanggotaan sebagai salah satu rakan dalam Pakatan Harapan yang baharu dapat diluluskan oleh Sekretariat Pakatan Harapan dengan nama baharu Parti Bebas Rasuah (PBR)   yang sedang menanti kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Hari ini kami serah secara rasmi surat permohonan Parti Generasi Baru sebagai sebahagian daripada rakan dalam parti  Pakatan Harapan.
"Kami meletakkan harapan tinggi dan berdoa agar Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat pertimbangan sewajarnya ke arah untuk meluluskan permohonan kami menjadi 'coalation partner' dalam pakatan ini," ujarnya dalam sidang media diadakan.
Ditanya tentang sasaran kerusi yang mungkin akan ditandingi parti itu, Khairuddin berkata, ia terpulang kepada keputusan Pakatan Harapan.
"Bagi saya soalan itu 'pre mature' (kerusi bertanding) kerana matlamat kami hanya memberi fokus untuk menjatuhkan perdana menteri  Najib Razak, itu keutamaan perjuang kami.
"Sama ada bertanding atau tidak bertanding itu perkara lain.
"Kami kena akur jika Pakatan Harapan beri kerusi atau andai kata tidak diberi sebarang kerusi jadi kami tidak bertanding... kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.
Sebelum ini dalam kenyataan  Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mengumumkan akan menubuhkan parti baharu bermatlamat memperjuangkan rasuah di negara ini, akan memberi tumpuan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan dan Titiwangsa di mana Menteri Kewangan  Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Timbalannya Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mempertahankan kerusi tersebut.
Parti Generasi Baru adalah sebuah parti yang tidak aktif sejak ditubuhkan pada Ogos 2013.
Semalam barisan kepimpinan baharu diumumkan untuk mengambil alih parti itu dengan nama baharu yang akan didaftarkan sebagai Parti Bebas Rasuah (PBR).
Parti Bebas Rasuah  itu  kini dianggotai oleh Presiden Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor; Timbalan Presiden Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan;Naib Presiden Syed Nazaruddin Syed Aziz dan AP Rajaretinam Armuggan; Setiausaha Agung Gobi Krishnan Saranggabani;Bendahari Tan Chee Seng;Ketua Penerangan Abdul Ghani Haroon dan Ahli Surendran Shamugam.
Semua barisan kepimpinan tertinggi  parti ini terdiri dikalangan pejuang yang pernah ditahan di bawah akta Sosma, ISA, OSA, Akta Perhimpunan Aman dan beberapa akta lain lagi.

No comments:

Post a Comment