Pages

Tuesday, 11 April 2017

[Video Mahathir Setuju Anuar Jadi PM Jika DIBEBASKAN] Tindakan PAS pada Nanyang 'berlebihan'?

Selasa, 11 April 2017


Zunar: Tindakan PAS pada Nanyang berlebihan

Kartunis satira politik Zunar menyifatkan gesaan penyokong PAS untuk menutup Nanyang Siang Pau sebagai “berlebihan”.
Zunar, atau nama sebenarnya Zuklifee Anwar Alhaque juga berkata demonstrasi di depan pejabat akhbar berbahasa Cina itu di Petaling Jaya hari ini juga sebenarnya tidak perlu.
Memberi contoh himpunan BERSIH, Zunar berkata mereka menganjurkan perhimpunan apabila semua saluran komunikasi dengan kerajaan sudah tertutup.
“(Tetapi) dalam kes ini, Nanyang telah meminta maaf dan menarik balik kartun itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Zunar juga berkata beliau percaya jika pemimpin PAS atau anggotanya menulis reaksi balas atau bertemu dengan kartunis itu, Nanyang pasti akan mendengarnya dan menyiarkan kritikan balas PAS.
Sekumpulan penyokong PAS hari ini berhimpun di depan pejabat Nanyang bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kartun yang menggambarkan Hadi sebagai monyet berserban.
Perhimpunan itu menyaksikan naskhah Nanyang dikeroyok dan dipijak selain Kementerian Dalam Negeri digesa menutup harian itu.
Bertajuk "Akta Monyet", kartun itu memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".
Karikatur itu mempersendakan Hadi selepas pemimpin itu membentangkan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.
Nanyang yang dimiliki oleh jutawan balak Tan Sri Tiong Hiew King, memohon maaf atas penyiaran karikatur itu dan menarik balik siaran itu.
PAS bagaimanapun hari ini telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil terhadap Nanyang.
Sementara itu, Zunar menggesa semua pihak memahami kerja kartunis.
Katanya, golongan itu menggunakan pelbagai watak untuk menyampaikan mesej, termasuk benda, binatang, makanan atau orang tertentu.
“Ia tidak bermaksud monyet secara harfiah,” katanya.
Mengupas kartun itu, beliau juga berkata kartunis cuba menyampaikan mesej bahawa perbahasan terhadap akta itu telah dilengah-lengahkan.
Beliau juga berkata, apabila sesuatu isu atau usul dibentangkan di Dewan Rakyat, semua pihak boleh membincangkannya, termasuk kartunis.
“Semua orang akan bahaskan perkara itu atau bincangkan dengan cara atau kepakaran mereka sendiri.
“Bila kamu masuk politik, kamu kena terima kritikan terbuka. Malah Nabi juga terbuka pada kritikan,” katanya.
Malaysiakini.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete