Pages

Saturday, 1 April 2017

[Video Menteri MEMALUKAN! TAK DAPAT Jawab KES 1MDB!] Peraduan mengarang membelasah Lim Kit Siang anjuran Annuar (Ketua Penerangan Umno) memakan diri sendiri & Annuar Musa masuk wad.

Ahad, 2 April 2017

ANNUAR dimasukkan ke CCU Hospital Universiti Sains Malaysia, pagi tadi selepas mengadu sakit dada. - Foto ihsan pembaca

Peraduan mengarang anjuran Annuar memakan diri sendiri

RENCANA KHAS

Annuar Musa mahu populis.
Selepas atau setelah berasakan dirinya tidak ada peluang untuk menjadi presiden FAM Annuar Musa (menarik diri dari bertanding), sekonyong-konyong beliau membuat kejutan melancarkan peraduan mengarang untuk membelasah Lim Kit Siang dan DAP.

Pengumuman itu dilihat untuk menghilangkan rasa aib dan membuang perhatian orang ramai daripada mengulas tindakan penakut alis licitnya itu.

Sebelum ini Annuar bukan main lagi bercakap dan menunjukkan sikap berani untuk ikut sama merebut jawatan berprestij dalam bola sepak negara itu bersama Tengku Mahkota Johor.  Beliau merasakan dia juga seakan putra raja yang layak. Toh..alih-alih dia angkat kaki cabut lari lintang pukang pada saat-saat akhir.

Peraduan karang "mengarang politik" yang dianjurkan itu mengambil tema  Kit Siang sebagai seorang yang rasis, anti Islam, anti Melayu dan diktator. Tema itu nampaknya lengkap dan menyeluruh untuk menmburukan seorang bernama Lim Kit Siang. Semua konotasi buruk dihumbankan ke atas Kit Siang.


Walaupun ia sebuah tema, tetapi secara langsung ia telah menjadi satu tuduhan (defamation) kejam terhadap Kit Siang. Sama ada ianya dimulakan oleh siapa, tetapi apabila Annuar sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia mengambil atau menggunakan tema itu secara rasmi, bermakna ia telah membuat tuduhan langsung kepada ahli Parliman Gelang Patah itu yang terkait sama dengan partinya, DAP.

Dari sudut undang-undang Kit Siang dan DAP boleh mengambil tindakan kepada Annuar Musa kerana jelas tema itu memburuk prejudis (menuduh) Kit Siang. Mereka boleh membuat report polis meminta polis menyiasat kerana cara atau peraduan itu membawa niat dan suatu provokatif yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dalam hubungan kaum.

Sudah pasti orang-orang Cina yang menjadi penyokong dan ahli DAP marah dengan tema dipilih Annuar Musa itu. Kaum Cina lain juga, (kecuali kapitalisme Cina dan MCA) akan turut sama merasa tersinggung dengan pemilihan tema itu kerana ia langsung menghala meriam politik kepada Kit Siang. Berdasarkan keadaan itu Kit Siang dan DAP boleh membuat report polis.

Tindakan melampau atau perbuatan sebegitulah yang menghalal dan memunasabahkan untuk DAP atau Kit Siang membuat report polis, di mana kesan daripada peraduan atau kata-kata Annuar itu memberi implikasi yang tidak baik untuk masyarakat majmuk negara ini. Itulah rasis sebenarnya.

Saya tidak pasti apakah mereka akan membuat laporan polis, atau bersedia mengheret ahli Parlimen Ketereh itu ke mahkamah? Kalau tidak silap Annuar mencabar Kit Siang berkali-kali agar menyamannya kerana mengeluarkan tuduhan itu. Cabaran itu juga merupakan publisiti murah dan ingin menjadi populis dengan mengharap ia digelar wira.

Jika DAP atau Kit Siang tidak membuat laporan polis, ertinya mereka lebih terbuka dan bersedia menyerahkan apa yang dilakukan Annuar Musa itu sebagai bahan propaganda murahan itu kepada umum menilainya. Ia juga mempamerkan sikap pro Kit Siang dan DAP. Seharusnya sebuah keluarga kecil di Pulau Melaka mengambil sikap seperti Kit Siang yang terbuka dan membiarkan tuduhan ke atasnya dibahas, bukannya buat laporan polis bila ada orang ingin mengkaji pemikiran warisnya.

Peraduan yang dianjurkan secara rasmi oleh Jabatan Penerangan Umno Malaysia itu telah menawarkan hadiah berupa wang RM50,000. Jumlah itu dipecahkan kepada beberapa kategori penulisan artikel, blog, video dan infografik.

Menarik juga hadiahnya dimusim barang keperluan hidup melambung tinggi kini, mereka yang menang di tempat pertama boleh menggunakan wang berkenaan untuk membeli alatan dapur untuk sebulan.  Manakala yang mendapat hadiah saguhati boleh guna untuk beli sabun mandi, bawang, gula atau pun tuala mandi.

Manakala penganggur atau mahasiswa yang terjempit dengan masalah hutang PTPTN boleh mencuba peraduan itu mana tahu kalau bernasib baik menang dapatlah melunasi hutang untuk sekadar sebulan dua.

Hari ini apabila Dr Mahathir bermati-matian untuk menumbangkan Najib ini bermakna Najib menerusi Umno kini bersikap lebih rasis daripada Kit Siang dan DAP seperti mana dituduh Annuar Musa itu.

Manakala tentang tuduhan Kit Siang sebagai diktator ia juga merupakan tuduhan melulu yang diluahkan sesedap rasa sahaja. Annuar tidak mempunyai bukti jelas akan kediktatoran Kit Siang. Apakah apabila Annuar membangkitkan soal diktator ini dalam masa sama beliau mahu memberi mesej kepada Najib. Dalam kata lain beliau sengaja membuka landasan untuk orang mengkritik Najib membahas kediktatorannya?

Apakah sikap Najib yang menutup rapat pintu untuk membincang soal skandal 1MDB, menggunakan pelbaga aparat dan instutusi kerajaan melindungnya dari skandal berkenaan dan mengambil tindakan ke atas pegawai penguasa kerajaan yang bangun membela kebenaran mereka akan dibuang, itu bukan diktator. Peluang untuk berlaku diktator antara Najib dengan Kit Siang jauh lebih terbuka buat Najib.

Pengajuran peraduan itu jelas menunjukkan Umno kini terdesak. Annuar pula terkial-kial dalam menaci mekanisme untuk membela parti dan bosnya Najib. Selebihnya peraduan itu untuk mengambus malunya kerana membatalkan niat untuk bertanding presiden FAM tetapi tidak menjadi. Itu sahaja ia bukan satu pelan penyelamat Umno yang mampan. [wm.kl.10:55 am 29/03/17]
Mohd Sayuti Omar

KDL

Annuar Musa masuk wad

No comments:

Post a Comment