Pages

Monday, 10 April 2017

[Video Najib kini 'habis modal', jangka Rafizi] Menyesal kerana pangkah BN? Rafizi Bakal Dedah Bukti PAS Terima Dana 1MDB?

Isnin, 10 April 2017

Foto Otai BERSIH.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian buruk padahnya. Menyesal kerana pangkah BN pada PRU13 yg lalu. Sekarang terima padahnya.

Menteri2 UMNO-BN mmg semua bingung...!!

Rafizi Bakal Dedah Bukti PAS Terima Dana 1MDB?

 Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli akan memberi bukti minggu ini berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengatakan orang rapat dengan pimpinan Pas menerima wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Malah, ujarnya , beliau akan membuat laporan berhubung isu itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu yang sama.

"Insya-ALLAH minggu ini," katanya kepada Sinar Online hari ini.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas cabaran Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mencabar Rafizi agar membuktikan tuduhannya itu.

Memetik kenyataan Mohd Nor, beliau berkata Rafizi sengaja mengada-adakan cerita berhubung dakwaan berkenaan.

“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?” soalnya lagi. - sinar

Posted by 

No comments:

Post a Comment