Pages

Friday, 21 April 2017

[Video Nilah Jawapan TEPAT Kepada KEBODOHAN Pas, Mengkafirkan Umat Tolak RUU355] Jika kerjasama dengan Umno, penyokong Pas Kedah akan lari.

Jumaat, 21 April 2017

Jika kerjasama dengan Umno, penyokong Pas Kedah akan lari

 | HAZAYANI ZAKARIA
Adun Kubang Rotan Nasir Mustapha terus menjadi sorotan kepada halatuju politik beliau selepas ini. Gambar Nasir (tengah)  bersama program Pakatan Harapan di Kedah.
Adun Kubang Rotan Nasir Mustapha terus menjadi sorotan kepada halatuju politik beliau selepas ini. Gambar Nasir (tengah) bersama program Pakatan Harapan di Kedah.

Dalam bahagian pertama, HAZAYANI ZAKARIA memberikan fokus kepada hubungan baik antara Amanah dan Bersatu di Kedah.
Dalam bahagian ini, fokus diberikan kepada hubungan antara Amanah dan bekas parti lamanya Pas dalam konteks politik Kedah.
Ikuti bahagian kedua dan akhir laporan ini.
Antara projek Pemuda Amanah Kedah adalah menganjurkan pertandingan futsal di kalangan remaja negeri itu.Antara projek Pemuda Amanah Kedah adalah menganjurkan pertandingan futsal di kalangan remaja negeri itu.
HARI kedua di Alor Setar, saya bertemu pula dengan Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi mendapatkan pandangan satu-satunya Adun Amanah di Dun Kedah itu.
Phahrolrazi Zawawi .... pemimpin penting Amanah Kedah.Phahrolrazi Zawawi .... pemimpin penting Amanah Kedah.Pharolrazi bermula sebagai Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan pada 10 Ogos 2014 di tengah-tengah krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan Pas menolak calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Selepas muktamar tahun 2015 dan Pas berpecah, Phahrolrazi membuat keputusan bersama Amanah.
Orangnya kelihatan lembut tetapi mesti ada ketegasannya yang tersendiri hingga beliau dilantik mewakili Amanah dalam jawatankuasa pembahagian kerusi di Kedah.
Mengakui Amanah dan Pas tidak bercakaran di negeri kelahiran bekas Presiden Pas Datuk Fadzil Noor itu, beliau yakin sebahagian besar ahli dan penyokong Pas akan bersama Pakatan Harapan jika Pas Pusat terus bersikap mesra Umno.
"Amanah wujud di Kedah pun bukan sebab ada masalah dengan parti tapi lebih kepada isu nasional. Di Kedah Amanah dan Pas tiada masalah. Ada beberapa Adun Pas yang cenderung kepada Amanah cuma tidak menzahirkannya," ujarnya yang ditemui di kediamannya di Alor Setar.
Adun Pengkalan Kundur itu juga berkata, jika benar berlaku apa-apa persefahaman antara Pas Pusat dengan Umno, Pas Kedah akhirnya akan membuat pendirian yang jelas.
"Pas Kedah ini agak keras dengan Umno ini warisan yang sedia ada. Walaupun Umno Kedah buat kenyataan mahu kerjasama dengan Pas tapi kenyataan itu nampak sebelah pihak. Pas Kedah tidak pernah menyambut seperti mana pimpinan Pas Pusat yang membuat kenyataan lunak terhadap Umno.
"Kalau Pas pusat melangkah terus lagi saya fikir sebahagian besar pendukung Pas Kedah sama ada bersama dengan Pakatan Harapan kalau tidak beralih parti pun dari segi sokongan saya yakin mereka memihak kepada Pakatan Harapan," katanya.
Pejabat Amanah Kubang Rotan tersergam indah ketika Adunnya walaupun masih Pas tetapi dipinggirkan oleh parti itu.Pejabat Amanah Kubang Rotan tersergam indah ketika Adunnya walaupun masih Pas tetapi dipinggirkan oleh parti itu.Saya cuba mendapatkan pengesahan mengenai status Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa yang dikatakan cenderung kepada Amanah namun tidak ada jawapan pasti yang diberikan.
"Tak tahulah. Tak ada lagi yang zahirkan akan masuk Amanah walaupun kelihatan pro Amanah. Cakap-cakap memang selalu dengar tapi tak berani nak kata sebab tak ada yang buat pengakuan," katanya.
Menurut beliau juga, Pakatan Harapan di Kedah sering mengadakan program bersama-sama dan mendapat sambutan yang menggalakkan, mungkin kerana faktor Mahathir.
"Tak dinafikan, Mahathir sangat membantu dalam menarik sokongan pengundi dan tak mustahil pengundi Umno akan beralih kepada Bersatu dan pengundi Pas akan beralih ke Amanah," katanya yang juga berkata beliau melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa walaupun sudah bertukar parti.

Pemuda tulang belakang Amanah Kedah
Ketua Pemuda Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris yang membawa saya bertemu Phahrolrazi turut menceritakan senario Pemuda Pakatan Harapan di Kedah.
Beliau berkata, pemuda keempat-empat parti saling melengkapi dan bersedia jika pilihan raya diadakan pada bila-bila masa sekalipun.
"Pemuda Amanah sering menjadi pemudah cara antara pemuda Bersatu iaitu Armada dengan pemuda PKR dan DAP memandangkan Armada masih baru di sini," katanya.
Beliau berkata, pemuda Amanah sedang giat mengumpulkan anak-anak muda yang pro-Amanah untuk dibawa ke pentas ceramah.
Baru-baru ini mereka menampilkan anak Adun Pas Tokai, Surya Putera Taulan di pentas ceramah anjuran Pemuda Pakatan Harapan Kedah.
Beliau berkata, Pemuda Amanah Kedah sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk gerak kerja parti itu.
"Saya katakan Pemuda ialah tulang belakang kepada Amanah Kedah. Banyak program yang melibatkan lebih 50 peratus tenaga pemuda dan AMANAH memberi keprcayaan kepada kami," katanya.
Petang itu, dalam cuaca hujan agak lebat, jalan-jalan utama di bandar Alor Setar sedikit sesak akibat ada perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman.
Mahfuz antara tokoh penting di belakang Himpunan Hijau di Alor menjelang PRU 13, tetapi Pas tetap kalah.Mahfuz antara tokoh penting di belakang Himpunan Hijau di Alor menjelang PRU 13, tetapi Pas tetap kalah.Saya melalui stadium dan teringat kenangan ketika membuat liputan Himpunan Hijau sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Lautan manusia membanjiri dalam stadium dan melimpah ke luar stadium.
Ironinya Pas kalah dalam PRU13
Jelaslah kehadiran ratusan ribu manusia ke program-program parti bukan ukuran kalah atau menangnya parti itu dalam pilihan raya.
Tambahan pula dunia sekarang yang dikecilkan dengan teknologi maklumat melalui segala bagai aplikasi.
Mungkin trend sekarang, orang ramai yang akses kepada internet tidak lagi rajin untuk bersesak-sesak di tempat program dan menghabiskan masa di sesuatu tempat sebaliknya berada di alam maya sahaja.
Dengan segala media sosial yang ada, ramai yang memilih untuk menjadi pengundi senyap, mahu menterjemahkan sokongan kepada Pakatan Harapan hanya di atas kertas undi.
Seperti kata Asmirul; kadang-kadang di tempat program tak ramai yang hadir tapi ramai penonton video di Facebook live.

No comments:

Post a Comment