MAAFLAH HADI & NIK ABDUH.. YB RAFIZI LAH YG LEBIH AWAL SENSITIF DOSA & PAHALA SEBENARNYA DALAM MENYELAMATKAN NEGARA..!
1. Ketua Pemuda Pas Pusat merangkap MP Pasir Mas, yg nampaknya jauh sgt perangai dgn arwah bapanya almarhum tuan guru Nik Aziz dilaporkan di Malaysiakini dan Free Malaysia Today menyerang Yb Rafizi Ramli.
2. Beliau dilaporkan berkata yg ia setuju dgn kenyataan Presiden Pas kononnya Yb Rafizi tak kisah soal dosa dan pahala.
3. Maaf, saya berbeza pendapat. Bagi saya, Yb Rafizi lah yg begitu sensitif dosa dan pahala sebab itu beliau lantang dan x takut dedah rasuah, salah guna kuasa dan byk penyelewengan pihak yg ada kuasa.
4.Jika nak harap Presiden Pas atau Ketua Pemuda Pas berani mcm YB Rafizi bolehlah ibarat kita tunggu ikan keli tumbuh sisik.
5. Jika x ambil berat dosa dan pahala , tak kanlah Rafizi rajin datang ke Parlimen dan rajin berbahas dan bercakap benar dalam Parlimen meskipun di depan MO1.
80 KERUSI TAK CUKUP, PAS PERLU TAMBAH LAGI, BERTANDING DISEMUA KAWASAN DAP
KUALA LUMPUR: AMANAH menyarankan agar Pas bertanding lebih daripada 80 kerusi parlimen pada PRU14, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, jika mahu Pas boleh menambah bilangan kerusi bertanding di kawasan DAP.
"Saya rasa Pas kena kotakan janjinya… untuk bertanding 80 kerusi tak cukup tanding la 50 lagi kerusi yang ditandingi DAP sebab mereka pernah berjanji sebelum ini untuk lawan semua," katanya pada sidang media AMANAH, semalam.
Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bahawa parti itu akan bertanding lebih dari 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum nanti.
Malah tidak menolak kemungkinan parti itu akan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR, seperti dilapor Sinar Online.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, keputusan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan dan mahu bertanding secara bersendirian menentang BN akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah untuk kekal berkuasa apabila berlakunya pertandingan lebih dari satu lawan satu.
"Rakyat akan terdidik siapa di sebelah sana adalah BN, siapa tidak bersama pakatan Harapan setelah kita berusaha memanggil mereka bersama kita rakyat senang untuk diberitahu Pas ini pro kepada BN," katanya.
Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment