SANDAKAN:- Parti Tindakan Demokratik (DAP) tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di negara ini termasuk Sabah.
Najib terdesak di Sabah terpaksa hantar Hishamuddin
ULASAN
Hishamuddin Hussein menjelaskan tugas pertamanya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas ialah untuk mengawal keselamatan di Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom). Katanya tugas itu bagi membantu perdana menteri Najib Razak. Najib Razak adalah pengerusi Esscom manakala TPM Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman adalah Timbalan Pengerusi bersama lembaga Esszone.

Apa boleh difahamkan, tugas Hishamuddin itu memberi pengertian bahawa Najib kini dalam keadaan terdesak untuk melihat Sabah menjadi negeri simpanan tetap kepada BN bagi memastikan dia kekal sebagai PM. Najib sendiri sudah menyedari bahawa dengan kudrat dan idarat, pengaruh peribadinya dan kapasitinya sebagai PM tidak mampu untuk menyakinkan rakyat Sabah.
Pelantikan Hishamuddin itu juga menunjukkan beliau tidak mempercayai kepada Zahid dan Musa Aman. Peranan Hishamuddin di situ ialah untuk memantau kerja-kerja Zahid dan Musa Aman, tetapi disebaliknya lebih untuk menjadi "mata-mata" kepada Najib.
Semasa saya di Sabah baru-baru ini ada terdengar bahawa Musa dan Zahid tidak mampu untuk menjamin BN menang dalam pilihan raya akan datang. Ada juga yang membuat telahan mereka berdua tidak berasa penting untuk UBN menang di Sabah? Zahid dan Musa dikatakan bersedia untuk memberi laluan kepada pembangkang menguasai Sabah dengan syarat mereka selamat. Saya kurang pasti dan kurang memahami maksud kata-kata itu. Apakah ia sebuah propaganda semata-mata?
Mungkin gara-gara wujud cerita inilah maka Najib kena hantar Hishamuddin membantunya di Sabah?
Sebelum ini Najib dan Zahid sudah beberapa kali turun ke Sabah. Berbagai janji juga ditaburkan kepada rakyat Sabah. Namun semua itu seakan tidak memberi kesan. Nekad rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan BN tidak pernah menjadi lemah walaupun mereka ditawar dengan berbagai tawaran. Kedatangan Najib dan Zahid ke Sabah tidak dapat menenangkan gelombang di Sabah kini. Kocakan laut China Selatan yang dilakukan oleh Shafei Afdal sangat kuat dan memberi impak besar kepada senario politik di Sabah.
Dalam satu kunjungan Najib ke bahagian Utara Sabah beliau disambut dengan laungan, bukan "hidup Najib" tetapi "hidup Shafei". Kejadian ini katanya memalukan Najib dan bertolak dari peristiwa inilah beliau mengambil tindakan untuk menyerahkan tugas menjaga Sabah kepada Hishamuddin. Apa yang berlaku di bahagian Utara Sabah itu menyebabkan Najib kurang yakin kepada kemampuan Musa Aman sebagai KM dan Zahid sebagai TPM.
Walaupun pada mulanya Kuala Lumpur tidak menjadikan penubuhan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai satu cabaran, ternyata tanggapan itu salah. Tanpa riuh randah dan publisiti meluas, Warisan mendapat perhatian rakyat Sabah. Perjuangan atas semangat Sabah untuk rakyat Sabah membangkit semangat rakyat Sabah. Kebangkitan Warisan ini tidak boleh disembunyikan oleh media kerana ia seakan membunuh diri sendiri.

Sokongan kepada Shafei berlaku kerana simpati rakyat Sabah khasnya di sebelah Utara - Sandakan, Tawau dan Lahad Datu kepadanya. Ia ditambah dengan janji dan nekad Shafei yang ingin membawa Sabah mendapat hak yang lebih banyak lagi seperti mana dijanjikan dalam Perkara 20 yang ditandatangani semasa pernubuhan Malaysia tahun 1963.
Apa menjadi masalah kepada Kuala Lumpur, tuntutan itu bukan sahaja dijadikan isu politik oleh Shafei tetapi ia turut disambut oleh sebahagian besar rakyat Sabah terutamanya Bumiputera bukan Islam dan Cina. Mereka yang tidak bergabung dalam Umno menyokong gagasan berkenaan ini termasuklah dari kalangan mereka berada dalam pembangkang yang bergabung dengan BN seperti PBS.
Lantaran melihat pergolakan dan situasi itulah ia sangat membimbangkan Najib. Maka satu makensime perlu dicari bagaimana untuk memastikan Umno Sabah kekal memerintah dan beliau dapat menjadi Sabah sebagai kubu pertahanan dalam Piraum akan datang.
Mengenai pelantikan Hishamuddin, Najib mengakui ia dibuat atas cadangan Zahid Hamidi kemudian di "enggehkan" oleh Zahid. Kenyataan ini adalah sandiwara dan ia sukar untuk diterima. Apakah keperluan Zahid mencadangkan Hishmuddin menjadi "mata-mata" (spy) kepada Najib.
Adalah bodoh kalau Zahid sengaja menunjukkan dia tidak mampu untuk menawan Sabah sehingga terpaksa meminta tolong Hishamuddin. Apakah kepakaran Hishamuddin dalam hal ini berbanding Zahid? Kualiti dan pencapaian mereka dua kali lima sahaja, kalau pun kelebihan yang ada kepada Hishamuddin dia dari keturunan bangsawan manakala Zahid dari keturunan Jawa kampung.
Apakah Zahid perlu berkongsi idea mencari tektik untuk menguasai Sabah. Apakah peristiwa pencerobohan Lahad Datu sekali lagi harus dicipta dengan penuh tektikal sebelum diadakan pilihan raya. Maka Zahid sudah kebuntuan maka dia perlu berpakat dengan Hishamuddin? Berlaku kombonasi KDN dengan Kementah?
Keresahan Najib dan Umno Sabah jelas apabila ura-ura untuk mengadakan pilihan raya awal untuk Sabah masih belum dimuktamadkan. Ada perselisahan pendapat dan perkirana dalam hal ini. Ada yang mahukan pilihan Sabah diadakan awal, ada yang tidak mahu. Yang tidak mahu pilihan raya diadakan awal kerana tidak yakin Umno akan menang.
Dalam pada itu khabarnya Najib mahu ianya diadakan awal kerana mengharap pilihan Sabah akan dapat dijadikan modal untuk berniaga di Semenanjung. Najib mengira Umno akan menang besar dan kemenangan itu akan dijadikan bukti sokongan rakyat kepada BN. Tetapi tidak begitu dalam perkiraan Umno Sabah. Pertambahan 13 kerusi Dun baharu katanya salah perhitungan kerana 7 daripada kerusi berkenaan memberi kelebihan kepada pembangkang?
Sudah pasti yang tidak mahu ianya diadakan awal datang dari Musan Aman, yang lebih memahami apa yang berlaku di Sabah waktu ini. Penolakan terhadap Ketua Menteri itu sangat jelas dan melata waktu ini. Bertolak dari itu juga maka timbul beberapa nama dari Umno untuk menggantikan Musa sebagai Ketua Menteri. Antara nama disebut-sebut untuk mengganti Musa termasuk Rahman Dahlan dan Salleh Said Kruak.
Keadaan Umno itu diburukkan lagi dengan kemunculan Warisan dan penyatuan di kalangan pembangkang.
Sesuatu yang mungkin ada dalam kepala Musa menyebabkan beliau tidak mahu diadakan pilihan raya awal ialah kepada PBS. Sejarah lampau menghantui beliau. PBS pimpinan Jesoph Parin Ketingan pernah keluar dari BN untuk berkolaborasi dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Peristiwa ini katanya menghantui pemikiran Musa yang tidak diambil kira oleh Najib.
Walaupun Pairin hari ini adalah timbalan ketua menteri, tetapi kedudukan itu bukan kunci mati kepadanya untuk tetap setia dengan BN. Pairin seorang yang berjuang bukan kerana kedudukan tetapi kerana nasib sukunya, agamanya dan negeri Sabah boleh melakukan apa sahaja tindakan di luar jangkaan umum. Peranan Pairin dalam kerajaan Sabah hari ini boleh diertinya bagaikan api dalam sekam atau beliau adalah sang buaya tua yang menanti bangkai sesudah air surut.
Justeru pelantikan Hishamuddin ini adalah untuk mengawal keadaan ini. Kandatipun Hishamnuddin tidak ada kepakaran tetapi kerana Najib sudah terdesak, bak kata orang tidak ada rotan akar pun berguna baginya. Dalam hemat politik Najib, Hishamuddin lebih baik dan boleh diyakini daripada Zahid Hamidi dan penggunaan tenaga dan akal Hishamuddin menunjukkan Najib sangat terdesak dan terkepung. [wm.kl. 11:27 am 18/04/17]

Suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut yang beragama Kristian menguasai lebih 60% dari jumlah keseluruhan 26.6%, katanya termakan dengan agenda dibawa Shafei. Keadaan menjadi buruk lagi apabila kaum Cina juga ikut sama. Pendirian suku kaum dan puak serta anutan agama di Sabah ini bakal menentukan corak politik Sabah dan kerajaan akan datang.Yang tepu menyokong Umno hanya Bumiputera beragama Islam itu pun bukan semua dimana kira-kira lebih separuh sahaja daripada jumlah keseluruhan beragama Islam 65% menyokong Umno.
Lantaran melihat pergolakan dan situasi itulah ia sangat membimbangkan Najib. Maka satu makensime perlu dicari bagaimana untuk memastikan Umno Sabah kekal memerintah dan beliau dapat menjadi Sabah sebagai kubu pertahanan dalam Piraum akan datang.
Mengenai pelantikan Hishamuddin, Najib mengakui ia dibuat atas cadangan Zahid Hamidi kemudian di "enggehkan" oleh Zahid. Kenyataan ini adalah sandiwara dan ia sukar untuk diterima. Apakah keperluan Zahid mencadangkan Hishmuddin menjadi "mata-mata" (spy) kepada Najib.
Adalah bodoh kalau Zahid sengaja menunjukkan dia tidak mampu untuk menawan Sabah sehingga terpaksa meminta tolong Hishamuddin. Apakah kepakaran Hishamuddin dalam hal ini berbanding Zahid? Kualiti dan pencapaian mereka dua kali lima sahaja, kalau pun kelebihan yang ada kepada Hishamuddin dia dari keturunan bangsawan manakala Zahid dari keturunan Jawa kampung.
Apakah Zahid perlu berkongsi idea mencari tektik untuk menguasai Sabah. Apakah peristiwa pencerobohan Lahad Datu sekali lagi harus dicipta dengan penuh tektikal sebelum diadakan pilihan raya. Maka Zahid sudah kebuntuan maka dia perlu berpakat dengan Hishamuddin? Berlaku kombonasi KDN dengan Kementah?
Keresahan Najib dan Umno Sabah jelas apabila ura-ura untuk mengadakan pilihan raya awal untuk Sabah masih belum dimuktamadkan. Ada perselisahan pendapat dan perkirana dalam hal ini. Ada yang mahukan pilihan Sabah diadakan awal, ada yang tidak mahu. Yang tidak mahu pilihan raya diadakan awal kerana tidak yakin Umno akan menang.
Dalam pada itu khabarnya Najib mahu ianya diadakan awal kerana mengharap pilihan Sabah akan dapat dijadikan modal untuk berniaga di Semenanjung. Najib mengira Umno akan menang besar dan kemenangan itu akan dijadikan bukti sokongan rakyat kepada BN. Tetapi tidak begitu dalam perkiraan Umno Sabah. Pertambahan 13 kerusi Dun baharu katanya salah perhitungan kerana 7 daripada kerusi berkenaan memberi kelebihan kepada pembangkang?
Sudah pasti yang tidak mahu ianya diadakan awal datang dari Musan Aman, yang lebih memahami apa yang berlaku di Sabah waktu ini. Penolakan terhadap Ketua Menteri itu sangat jelas dan melata waktu ini. Bertolak dari itu juga maka timbul beberapa nama dari Umno untuk menggantikan Musa sebagai Ketua Menteri. Antara nama disebut-sebut untuk mengganti Musa termasuk Rahman Dahlan dan Salleh Said Kruak.
Keadaan Umno itu diburukkan lagi dengan kemunculan Warisan dan penyatuan di kalangan pembangkang.
Sesuatu yang mungkin ada dalam kepala Musa menyebabkan beliau tidak mahu diadakan pilihan raya awal ialah kepada PBS. Sejarah lampau menghantui beliau. PBS pimpinan Jesoph Parin Ketingan pernah keluar dari BN untuk berkolaborasi dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Peristiwa ini katanya menghantui pemikiran Musa yang tidak diambil kira oleh Najib.
Walaupun Pairin hari ini adalah timbalan ketua menteri, tetapi kedudukan itu bukan kunci mati kepadanya untuk tetap setia dengan BN. Pairin seorang yang berjuang bukan kerana kedudukan tetapi kerana nasib sukunya, agamanya dan negeri Sabah boleh melakukan apa sahaja tindakan di luar jangkaan umum. Peranan Pairin dalam kerajaan Sabah hari ini boleh diertinya bagaikan api dalam sekam atau beliau adalah sang buaya tua yang menanti bangkai sesudah air surut.
Justeru pelantikan Hishamuddin ini adalah untuk mengawal keadaan ini. Kandatipun Hishamnuddin tidak ada kepakaran tetapi kerana Najib sudah terdesak, bak kata orang tidak ada rotan akar pun berguna baginya. Dalam hemat politik Najib, Hishamuddin lebih baik dan boleh diyakini daripada Zahid Hamidi dan penggunaan tenaga dan akal Hishamuddin menunjukkan Najib sangat terdesak dan terkepung. [wm.kl. 11:27 am 18/04/17]
Posted by mohd sayuti Omar
No comments:
Post a Comment