Suara Rakyat Nak baca utusex yg kerap kalah saman fitnah ka !!
Rakyat jadi mangsa taktik kotor BN untuk menang pilihan raya
Pada
oleh RoketKini
oleh RoketKini
JOHOR BHARU, 21 APR: Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor untuk menang pilihanraya meski pun tindakan itu memangsakan rakyat biasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi.
Shu Qi membuat kenyataan itu sebagai menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap membisu pemimpin BN terhadap tindakan menteri UMNO, Tan Sri Noh Omar yang menghentikan projek kemudahan infrastruktur di kawasan pembangkang.
“Dalam sistem demokratik yang diamalkan hari ini, pihak yang menang perlu sentiasa ambil beratterhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang politik. Tambahan pula, mereka juga bayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan.
“Jika kerajaan yang memerintah menghukum kerana tidak mengundi mereka dalam pilihan raya, patutkah pengundi juga menghukum parti pemerintah dengan tidak bayar cukai?” soal Setiausaha Publisiti DAP Johor itu.
Menurut Shu Qi, keputusan yang dibuat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diterajui Noh Omar itu adalah tidak cerdik, tidak demokratik dan tidak boleh diterima.
“Saya sangat terkejut tidak seorang pun pemimpin BN mengkritik tindakan Noh Omar yang juga Pengerusi UMNO Selangor itu berhubung tindakannya yang tidak demokratik.
“Adakah mereka sudah hilang akal dan takut? Atau mereka setuju dengan Noh Omar untuk menghukum lebih 20 juta rakyat dalam negara ini?” soalnya lagi. -Roketkini.com
No comments:
Post a Comment