Pages

Wednesday, 5 April 2017

[Video UCAPAN DS NIZAR Dipersidangan DUN Perak] Kedah dapat kat PAKATAN selepas PRU14!

Rabu, 5 April 2017

Foto Omar Othman.
Otai BERSIH

Kedah negeri pertama yang bakal menubuh kerajaan dibawah Pakatan Harapan selepas PRU14?

Sepatutnya Datuk Mahfuz Omar mengetuai jentera kempen Pas Kedah untuk merebut kembali negeri Jelapang Padi itu daripada Umno selepas memimpin negeri itu selama satu penggal, 2008 hingga 2013. 

Tetapi, begitulah lumrahnya politik, keadaan sudah banyak berubah. Baik dalam Pas, mahupun Umno. 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu, yang menggantikan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah, sebagai Pesuruhjaya Pas negeri, bukan sahaja tidak memegang jawatan penting parti lagi, malah hanya berkedudukan sebagai ahli biasa, dan sering dilihat menimbulkan kontroversi. Akibatnya, beliau "dihalau" keluar dari Pas, tetapi enggan akur. Aneh juga, Mahfuz tidak pula dipecat! 

Ketika rakan-rakan rapatnya memilih Amanah sebagai wadah baru, namun Mahfuz kekal bersama Pas, tetapi bersuara seperti pengkritik tegar. 

"Saya tak peduli apa orang nak kata, yang penting saya masih beri harapan agar Pas kembali kepada pakatan oposisi. Saya terlalu sayang kepada Pas jika terpinggir daripada grand coalition ini. Harap Pas dapat posisikan balik bersama rakan-rakan pembangkang," kata Mafuz dalam satu pertemuan khas di sebuah restoran Pakistan, di ibu kota. 

Susah-payah sejak 1990 

"Saya bimbang, jika situasi sekarang berterusan sampai PRU14, Kelantan yang kita bina susah-payah sejak 1990, bersama bekas pimpinan yang kita sayang, Pak Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, pun boleh tumbang," ujarnya serius, sambil mengharapkan ahli Pas dapat memahami apa yang beliau cuba jelaskan selama ini. 

"Saya tak peduli sangat respons pemimpin. Ramai ahli akar umbi yang saya temui dalam kumpulan kecil ataupun melalui SMS dan Whatsapp memberikan sambutan positif. Mereka terkilan dan rasa rugi besar jika Pas berada di luar gabungan pembangkang," tambah Mahfuz lagi. 

Menjelang PRU14, saya menganggap Kedah negeri istimewa selain Johor dan Perak yang bakal menyumbang saham terbesar untuk mengambil alih Putrajaya. Sejarah kebangkitan pembangkang di Kedah, mungkin terlewat daripada Kelantan dan Terengganu, tetapi prestasi Pas dalam pilihan raya 1969 agak mengejutkan. Ramai tokoh terkenal Umno kalah pada tahun itu, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri yang juga Setiausaha Agung Umno waktu itu, Tan Sri Senu Abdul Rahman. 

Walaupun penguasaan kerusi naik-turun, namun pengaruh Pas kekal sekitar 50 peratus di kalangan masyarakat Melayu. Di zaman reformasi, hampir semua kawasan Parlimen dan Dun yang mempunyai majoriti besar pengundi Melayu, kecuali Kubang Pasu dan Langkawi, dimenangi oleh calon Pas. BN Kedah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. 

Justeru, apabila mereka menyokong oposisi pada 2008, Kedah mudah tumbang dan Pas memimpin kerajaan negeri. 

Anugerah terbesar 

Biarpun Kedah sering diingati kerana beberapa tragedi berdarah, misalnya Peristiwa Memali, November 1985 dan kes Lubuk Merbau, Januari 1985, namun ia tidak menghalang budaya berpolitik penduduknya yang lebih terbuka dan senang menerima kepelbagaian. Dan anugerah terbesar yang dilahirkannya adalah sosok pemimpin hebat, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas (1989-2002) dan Ketua Pembangkang di Parlimen (1999-2002). 

Beliau dapat menangani cabaran getir politik negeri Kedah dengan sabar dan bijaksana. 

"Dalam keras, terselit kelembutannya. Dalam tegas, tidak terputus toleransinya," kata seorang penganalisis politik mengenai personaliti Ustaz Fadzil. "Ucapannya dalam setiap kali muktamar Pas, terutama di penghujungnya, ditunggu-tunggu perwakilan. Arahannya kejap tapi masih ada nada seloka dan jenaka. Sungguh, saya kerap bayangkan, alangkah indahnya jika ditakdirkan Ustaz Fadzil sempat menjadi MB Kedah." 

Datuk Dr Ismail Salleh

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, optimis dengan masa depan pembangkang: "Kedah antara negeri paling awal menubuhkan Pakatan Harapan. Ia boleh berlaku kerana hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama di antara ketiga-tiga ketua parti, Dr Azman Ismail (PKR), Tan Kok Yew (DAP) dan saya sendiri mewakili Amanah." 

Untuk memastikan kerjasama ini berjalan lancar, seorang setiausaha kepada Majlis Pengerusi Pakatan Harapan Kedah telah dilantik, iaitu Dr Abdul Rahman Ahmad.

AHMAD LUTFI OTHMAN

Kerengga

1 comment:

  1. Salam persahabatan kami ucapkan kepada penghuni wabsite ini.. Perkenalkan nama kami Aseph sekarang kami berada di johor bahru (malaysia) kami hadir di wabsite ini semata-mata hanya ingin berbagi pengalaman kepada sahabat2 sekalian tentang permasalahan nomer TOGEL, Selama kami berada di malaysia jadi TKI kami udah 5 kali tertipu kepada orang yg mengaku dirinya pintar/bisa meramal nomer togel yg akan keluar/tembus tapi kenyataan apa? Kami malah hancur tertipu.. Singkat cerita, alhamdulillah kami udah bangkit dan kami udah punya usaha sendiri jual alat2 bangunan di surabaya berkat bantuan pak roengsugi. Kami sangat berterima kasih kepada pak roengsugi atas bantuan nomer togelNya yang beliau berikan kemaren, kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang di tulis oleh orang2 tentang pak roengsugi di internet itu semuanya benar benar terbukti, dan kami adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau, kami tidak pernah menyangka kalau kami sudah bisa kembali sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan pak roengsugi, siapa tau ada sahabat2 yg ingin bangkit melalui kemenangan nomer togel mulai 2D/3D/4D/5D/6D/7D silahkan Call (+6285319483234)(085319483234) pak roengsugi... Bpk hanya melayani telpon dan orang yg sopan..!!



    ReplyDelete