Pages

Friday, 19 May 2017

[Video 'Dulu Hadi boleh peluk-peluk dengan Kit Siang'] ‘Berumah’ Bawah Jejambat! Negara Makmur, Rakyat Masih Begini...Inilah Negara kuuuu.

Jumaat, 19 Mei 2017

Image result for Gambar Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang

Enam Sekeluarga 'Berumah' Di Bawah Jejambat

KUALA LUMPUR – Enam sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat di Pandan Perdana dekat Cheras dengan bertemankan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barangan peribadi mereka sejak dua bulan lalu.

Jeffry Husin, 41, dan keluarganya diusir keluar dari rumah mereka di flat kos rendah di sini selepas gagal membayar sewa untuk tempoh dua bulan.
Jeffry, isterinya Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat anak mereka, Siti Nurfadhilah, 8, Siti Nurfatihah, 6, Nur Farisha Alesha, 4, dan Nur Cahaya Ada­wiyah berusia sembilan bulan tinggal di flat tersebut sejak 11 tahun lalu.
“Saya tidak dapat bayar sewa, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya,” kata Jeffry yang melakukan kerja rencam seperti jual barangan kitar semula selepas tidak lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan setahun yang lalu.
Dia terpaksa berhenti kerja selepas kecederaan lama pada tulang belakang akibat terjatuh pada 2006 bertambah teruk dan menjejaskan kesihatannya.
Dia mendakwa tuan rumah pergi ke rumah tersebut hampir setiap hari sebelum mereka diusir.
“Dia akan menjerit kepada kami dan menyebut nama kami,” kata Jeffry.
Dia berkata anak bongsunya sering mengalami demam sejak mereka tinggal di bawah jejambat itu.
Jeffry berkata dia dan keluarganya kini hidup dihantui perasaan malu memandangkan jejambat itu dekat dengan flat yang pernah didiami mereka sebelum ini.
“Ia amat memalukan setiap kali kami melalui kawasan flat itu,” katanya.
Dia berkata mereka sekeluarga akan masak dan makan di bawah jejambat tersebut tetapi keempat-empat anaknya akan tidur di rumah adiknya pada sebelah malam.
Pengerusi MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee melawat Jeffry dan keluarganya pada Khamis dan mendermakan wang serta barangan keperluan untuk mereka.
Kok Wee berkata beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) yang memberi jaminan akan mencari tempat berteduh bagi keluarga tersebut.
Seorang penderma, Danny Sum turut menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga itu dan akan menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja dia mendapat tempat tinggal. 
Lapor mStar Online.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Negara makmur, rupanya rakyat masih begini. Masih pemimpin negara ini merasa tak bersalah, dan tiada merasa bertanggungjawab?

(IH)

No comments:

Post a Comment