Keadaan warna air yang kelihatan hitam dan kotor begitu ketara akibat pencemaran najis ternakan babi di muara Sungai Tuang, Masjid Tanah Melaka.
Apabila Melaka diperintah DAP....ehhh...DAP perintah Melaka ke...??He he..DAP pasti akn dipersalahkan.
Kit Siang doa Hadi cepat sembuh
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengucapkan tahniah atas kejayaan pembedahan penggantian injap jantung ke atas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dan mendoakan beliau cepat sembuh.
“Saya ucapkan syabas buat Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang berjaya menjalani pembedahan jantung dan semoga segera pulih dan sihat seperti sediakala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli parlimen Gelang Patah itu berkata, walaupun wujud perbezaan politik, setiap pemimpin perlu matang, bersifat sivik, sopan dan tidak harus menjadikan perbezaan itu bersifat dendam dan amarah peribadi untuk menarik sokongan rakyat.
“Sepanjang 51 tahun saya dalam politik Malaysia melewati enam Perdana Menteri dan Presiden Umno, perbezaan politik tidak menjadikan saya berdendam secara peribadi dengan mereka malah kami boleh bekerjasama demi kepentingan nasional sama ada dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn mahu pun Tun Mahathir.
“Begitu juga hubungan saya dengan lima Presiden Pas sepanjang tempoh separuh abad ini, perbezaan politik tidak menjadikan saya makan hati, bermusuhan atau benci-membenci secara peribadi,” katanya.
Institut Jantung Negara (IJN) semalam mengumumkan kejayaaan pembedahan tiga jam oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.
Hadi semalam ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari sebagai rutin dalam pembedahan jantung.
No comments:
Post a Comment