Pages

Tuesday, 30 May 2017

[Video Kerajaan Melaka Rugi RM360 juta] TIADA LESEN MEMBALAK DILULUSKAN? Yang Pasti Dakota Menangis Lagi! Bertaubatlah Umno, pulangkan duit rakyat.

Selasa, 30 Mei 2017

Foto Mohd Fauzi Mohd Azmi.

Sangat berbeza seperti yang di indah khabarkan oleh Nazman Che Ibrahim Lebai Muda Walaun...

Foto Mohd Fauzi Mohd Azmi.
Dakota Menangis Lagi...
Kunjungan terbaru kami NGO BUMI, KUASA & Impian Kelantan ke Air Terjun Dakota pada 24hb. Mei, 2017.
Amat mengejutkan melihat jalan masuk ke Air terjun Dakota yang telah 100% berubah dari kunjungan kami ke sana 6 bulan lalu.
Selepas kunjungan kami 6 bulan lalu, kami ada membangkitkan isu Aktiviti Pembalakan yang berlaku di kawasan Air Terjun Dakota tetapi ianya dinafikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan mengatakan bahawa TIADA LESEN MEMBALAK DILULUSKAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Dipihak Pemuda PAS Kelantan pula menyebut bahawa memang ada permohonan untuk membalak dikemukakan oleh pihak Syarikat untuk membalak dikawasan Air Terjun Dakota tetapi atas inisiatif & nasihat Pemuda PAS Kelantan, permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.
Perbualan kami dengan pekerja Kongsi Balak berhampiran Air Terjun Dakota (lebih kurang 100 meter dari Air Terjun Dakota) mendedahkan sebaliknya.
Pekerja Kongsi Balak tersebut menjelaskan bahawa Lesen membalak (selectif) telah dikeluarkan dan keluasannya ialah sebanyak 500 ekar.
Lokasi kawasan diluluskan ialah sekitar Air Terjun Dakota dan ianya akan diselesaikan dalam masa 3 bulan dari sekarang.
Ketika kunjungan kami, terdapat 2 buah jentera berat sedang giat membuka & membersihkan jalan Lori Balak yang bakal digunakan - rujuk Video Rakaman dari udara sekitar Air Terjun Dakota sehingga ke Kongsi Balak.
Laluan Lori Balak lama yang merintangi aliran Air Terjun Dakota telah dibersihkan dan malang sekali laluan baru dengan jelas dapat dilihat dialih lebih dekat dengan kolam dihadapan Air Terjun Dakota.
Ini bermakna Lori Balak bakal melalui terus diatas sungai tanpa jambatan & pastinya akan memusnahkan aliran air dari Air Terjun Dakota ke Sungai Puian sedikit demi sedikit.
Apa pula penjelasan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini..?
Yang pasti - Dakota Menangis Lagi...
Mohd Fauzi Mohd Azmi
Impian Kelantan
Democratic Action Party (DAP) Suara Muda
29hb. Mei, 2017

Bertaubatlah Umno, pulangkan duit rakyat

ULASAN | Pada Ramadan yang mulia ini, saya menggesa agar ketua-ketua bahagian Umno dan parti BN yang menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak agar memulangkan kembali wang tersebut keranan itu adalah duit rakyat Malaysia.
Pendedahan demi pendedahan menunjukkan pelbagai salah guna duit rakyat telah dilakukan oleh Umno dan BN secara terancang untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa dan merompak wang rakyat.
Pada awal Mei lalu, Rafizi Ramli membuat pendedahan yang jelas mengenai penerima wang daripada akaun peribadi Najib dan mereka yang telah disebut tidak menafikannya.
Berdasarkan dokumen itu, ada lapan urus niaga yang boleh dikenal pasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, parti dalam BN atau individu yang merupakan pemegang jawatan dalam Umno.
Rafizi menyenaraikan penerima-penerima wang SRC International (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:
  • Pada 22 Julai 2014, BN Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Najib
  • Pada 22 Julai 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun Najib
  • Pada 24 Julai 2014 Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Najib
  • Pada 26 Ogos 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun Najib
Wang ini datangnya dari syarikat SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat lain sebelum sampai ke akaun peribadi Najib.
Pada Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi dibuat kepada parti komponen BN atau tokoh/bahagian Umno seperti berikut:
  • Pada 17 Februari 2015 parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presidennya, Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab
  • Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seseorang yang bernama Asmadi Talib
  • Pada 26 Februari 2015 Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun Najib
  • Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib
Pembayaran pada Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana pada Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu.
Pada Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.
Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Najib selepas Disember 2014 adalah sebenarnya dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti komponen BN seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.
Jumlah yang dipindahkan dari akaun Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti BN adalah sebanyak RM10,020,000 seperti senarai di atas.
Pada Ramadan yang mulia ini, saya mengajak rakan-rakan seislam dalam Umno khususnya, dan mereka yang beragama Islam lain agar memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanaya UPKO yang berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah anggota parlimen Parit Buntar.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment