KENYATAAN MEDIA
CUBAAN GANGGU TUGAS WARTAWAN TIDAK DEMOKRATIK, BERCANGGAH PERLEMBAGAAN
9 MEI 2017
Saya menganggap tindakan polis yang mengarahkan wartawan Malaysia Dateline, Mohd Arif Atan supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan sebagai satu usaha terbaharu untuk menakut-nakutkan pengamal media dalam negara ini.
Saya difahamkan arahan itu diberikan ekoran laporan berita bertarikh 28 Februari 2016 bertajuk, "Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin".
Ini bukan kali pertama pengamal media dalam negara ini cuba diganggu bertugas kerana laporan berita yang cenderung berpihak kepada pembangkang dan mendedahkan kebobrokan pentadbiran yang dipimpin Umno-BN.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada siapa boleh menentukan kepada siapa wartawan patut berpihak. Saya mendesak pihak berkuasa hormati hak dan pilihan itu.
Dalam suasana yang menghampiri musim pilihan raya, saya juga khuatir jika kumpulan wartawan pula dijadikan sasaran untuk mencegah lebih banyak laporan berita diterbitkan yang mendedahkan kelemahan pentadbiran Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Sepatutnya polis menyiasat pelbagai pendedahan penyelewengan seperti skandal 1MDB yang menjatuhkan imej negara di seluruh dunia tetapi saya juga memahami kesukaran polis untuk bertugas dalam kes-kes seperti ini.
Saya menggesa pihak berkuasa supaya hormat pengamal media. Mereka bukan orang suruhan yang mudah dijinakkan dengan dedak sebaliknya mereka terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan risiko untuk memastikan maklumat yang tepat sampai kepada pengetahuan seluruh rakyat Malaysia.
DR SITI MARIAH MAHMUD
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional
Wartawan Malaysia Dateline disiasat ekoran laporan ‘Pidato Selamatkan Malaysia’
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Wartawan Malaysia Dateline, Arif Atan hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan terhadap satu laporan berita yang diterbitkan portal itu tahun lalu.
Menurut Arif, siasatan dibuat terhadap laporan yang diterbitkan 28 Februari 2016 bertajuk
“Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin” di bawah Seksyen 111, Prosedur Kanun Jenayah.
“Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin” di bawah Seksyen 111, Prosedur Kanun Jenayah.
Ia antara lain melaporkan ucapan Datuk Husam Musa dalam satu majlis mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Kata Arif, dia menerima surat arahan menghadiri siasatan pada 5 Mei lalu melalui serahan tangan.
Siasatan dijalankan bermula jam dua petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Pegawai penyiasat, Inspektor M.Jagachandran menjelaskan bahawa siasatan dibuat ekoran aduan awam.
“Saya dipanggil sebagai saksi dan berasa hairan disiasat kerana laporkan berita itu.
“Tapi apa yang lebih menghairankan, yang banyak diberi penekanan ialah mengenai program ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tentang isu senjata melibatkan anak Ketua Polis Negara,” katanya ditemui Roketkini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika dihubungi menzahirkan rasa kecewa dengan kebebasan bersuara wartawan yang seolah-olah disekat.
“Amat kecewa dengan tindakan polis yang seolah-olah menyekat kebebasan bersuara terutama wartawan yang sememangnya dijamin di bawah perkara 10 Perlembagaan negara dan Deklarasi Universal Hal Asasi Manusia 1948.
Menurut Faiz yang juga peguam, kebebasan harus diberikan kepada wartawan untuk membuat liputan dan melaporkan berita bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat sebagai semak dan imbang.
“Ia seharusnya dihormati bagi menjamin keluruhan amalan demokrasi. Tindakan sebegini tidak mencerminkan keluhuran undang-undang (rule of law) diamalkan kerana pihak yang melalukan jenayah seperti perdana menteri yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB tidak disiasat walaupun beratus laporan polis dibuat.
“Sebaliknya, seorang wartawan yang menjalankan tugas mengikut etika kewartawanan pula dipanggil untuk siasatan,” katanya lagi. -Roketkini.com
No comments:
Post a Comment