Gambar Hiasan - Rumah Melayu Lama
DEMI MARUAH.. USAH MENGINTAI BUMBUNG JANDA TU LAGI...
MENGINTAI BUMBUNG JANDA.
Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik Mohd Khalil Abdul Hadi diminta mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang Exco Pas dalam Kerajaan Selangor.
Kenyataan beliau bahawa Exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.
Lantikan Exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco.
Justeru, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga Exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas. Atas dasar inilah, 4 orang Exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu.
Jadi, persoalan di sini, jika Pas mempunyai maruah, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor di semua peringkat termasuk Exco. Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai.
FAIZ FADZIL
29 April 2017
KedahLanie.
29 April 2017
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment