Pages

Saturday, 6 May 2017

[Video Pakatan - 'Mari Kita Bina Kembali Negara'] Umno 'bergelumang tahi', rakyat bangkit tumbangkan BN di Johor dlm PRU14 & GST! Mana janji Ahmad Maslan?

Sabtu, 6 Mei 2017

Dua tahun GST bebankan rakyat, mana janji Ahmad Maslan?

Penulis 
Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa tampil menjelaskan kenyataan beraninya dua tahu lalu bahawa kononnya harga barangan akan turun dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Pakatan Harapan membuat desakan itu kerana kenyataan berkenaan dilihat bercanggah dengan realiti hari ini di mana pelbagai harga barangan meningkat ekoran pelaksanaan GST.

Malah, menurut Pakatan Harapan, selain pelaksanaan cukai regresif itu, kehidupan rakyat juga tambah terbeban dengan pendapatan per-kapita yang tidak meningkat seiring peningkatan kos sara hidup.


“Rakyat tiada pilihan, kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk menjadikan rakyat sebagai mangsa hasil daripada pengenalan cukai GST wajar diperbetulkan.

“Sekali lagi kami tegaskan bahawa Pakatan Harapan kekal dengan pendirian menolak pelaksanaan GST seperti mana disuarakan oleh kami sebelum ini. Kami menolak mana-mana sistem percukaian yang zalim dan membebankan rakyat,” kata mereka.


"Kini timbul persoalan apakah Ahmad Maslan telah memperdaya rakyat di negara ini?"

Foto Otai BERSIH.
Seandainya ini Perdana Menteri..?

Umno bergelumang tahi, rakyat bangkit tumbangkan BN di Johor dlam PRU14


Belum pun habis rasa terkejut orang ramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.

Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.

Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.

Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa “kotornya” imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?

Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu.

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang kerana isu-isu yang menyakitkan hati rakyat sentiasa saja ada dan silih berganti menjadi perbualan.

>> Komentar bebas penulis politik, Shahbudin Husin I 10 Mac 2017.

LepakPolitik.

No comments:

Post a Comment