Pages

Wednesday, 24 May 2017

[Video PANAS: Hj Zulkifli Zakaria,PAS gagal mentadbir Kelantan] Zaman Tun Mahathir Proton ambil alih Lotus, Zaman Najib jual Proton kepada Komunis China

Rabu, 24 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
TERKINI !!!. 49.9% saham Proton sah milik syarikat komunis-China Geely.
Rupa-rupanya Najib lagi handal dari Tun M..
DAN LAGI.. sebelum ini Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani juga pernah kata..
"Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah melepaskan 51 peratus kepentingan Proton." -10/2/2017.
DAN LAGI.. Kilang pengeluar kereta Proton di Tanjung Malim akan menjadi milik Geely sekiranya Proton sah dibeli oleh syarikat China. -Sinar Harian, 8/2/2017.
Foto Suara Rakyat.
TERKINI !!!. 49.9% saham Proton sah milik Geely

Syarikat China rakan kongsi Proton Holding

Syarikat DRB-Hicom akan menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Geely Holding.
Menurut DRB-Hicom, yang dipetik oleh portal The Star kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017.
Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta British, Lotus kepada Geely.
"Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport," kata DRB-Hicom.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.
"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya.
Kerajaan, sebelum ini mengarahkan DRB-Hicom, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, supaya mencari rakan kongsi strategik untuk Proton Holdings sebagai sebahagian daripada syarat sebelum pinjaman mudah RM1.5 bilion disalurkan tahun lalu.

No comments:

Post a Comment