Khairy Jamaluddin menegur jabatan agama membelanjakan wang untuk memburu orang ponteng puasa berbanding membantu asnaf atau kebaikan lain. — Foto Bernama
Jabatan agama tidak harus sibuk menangkap orang ponteng puasa berbanding membantu orang miskin.
“Sebaliknya jabatan agama yang membelanjakan wang untuk penguatkuasaan mencari orang ponteng puasa, gunakan ia untuk membantu asnaf dan melakukan kebaikan,” kata Khairy Jamaluddin dalam Twitternya, lapor Malay Mail.
Menteri Belia dan Sukan berkata sumber kewangan untuk menangkap orang tidak berpuasa sepatutnya digunakan untuk orang miskin.
Perkataan “asnaf” merujuk kumpulan atau golongan yang layak menerima zakat termasuk orang miskin.
Ketua Pemuda Umno berkata membantu golongan yang memerlukan lebih penting daripada menguatkuasakan kewajipan beragama seseorang. – MDN
TERUSKAN LANGKAH KITA
1. Usah pedulikan satu atau dua individu yg cuba merobek hubungan baik antara pelbagai agama yg sedang berlangsung dalam negara ini sekarang. Keharmonian ini mesti dipertahankan dan disuburkan.
2. Keislaman seseorang tidak menjadi lebih kuat dgn kebencian orang beragama lain kepadanya. Jika ada mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara penganut pelbagai agama, saya tegaskan, itu bukan ajaran Islam.
3. Muslim sebegitu bukan berpegang dgn Islam yg dibawa oleh Nabi kerana baginda menghormati, memulia serta sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua orang tanpa mengira perbezaan agama. Perbezaan agama adalah kehendak Allah, bukan urusan manusia.
4. Mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara agama adalah musuh kemanusiaan. Orang sebegitu fitrahnya sudah rosak. Orang yang fitrahnya sempurna dan stabil akan sentiasa memuliakan manusia lain kerana itu adalah ajaran al-Quran.
5. Seorang muslim yg sayangkan Islam dan orang Islam bukan membenci apatah lagi memusuhi penganut agama lain. Allah yg berhak membuat apa saja ke atas hamba-Nya sekehendak-Nya memuliakan semua hamba-Nya, siapa kita utk menyebarkan kebencian hanya kerana berbeza agama?
Ustaz Zolkharnain Abidin
Pengarah,
Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara
Pengarah,
Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara
No comments:
Post a Comment