Pages

Saturday, 20 May 2017

[Video Riadah 2: Belakang Tshirt Tun M ada tulisan. Apa tu? "Mai kejaq dia"] PAS bakal hilang deposit jika lawan Izzah, Tian Chua.

Ahad, 21 Mei 2017

tian-hua-nurul-izzah-pas-bendera

PAS bakal hilang deposit jika lawan Izzah, Tian Chua

 | May 20, 2017
Pemuda PKR berkata kali terakhir PAS bertanding pada 1986, mereka hilang deposit dan mungkin hilang deposit lagi pada PRU akan datang.
AMK_WILAYAH
SHAH ALAM: Pemuda PKR mendakwa hasrat PAS yang mahu bertanding di 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuk Lembah Pantai dan Batu sebagai satu “usaha sia-sia”, yang bakal menyaksikan parti itu hilang wang deposit.
Perwakilan Pemuda PKR Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, calon PAS akan hilang deposit sebagaimana pernah dialami mereka pada tahun 1986, sekiranya berkeras mahu bertanding di kerusi-kerusi dimenangi pihaknya dalam dua pilihan raya umum lalu.
“Kerusi kita pun dia (PAS) nak, Parlimen Batu pun dia nak, saya nak cakap pada mereka, kalau mereka nak, ‘just bring it on’.
“Kali terakhir mereka bertanding pada 1986, mereka hilang deposit dan mungkin hilang deposit lagi pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau semasa membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di sini, hari ini.
Sebelum ini, PAS Wilayah Persekutuan berikrar akan bertanding di 9 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk Lembah Pantai dan Batu.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi Parlimen yang majoriti menyokong DAP, seperti Segambut.
“Keputusan ini selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR telah terbatal,” kata Mohamad.
Mengulas lanjut, Azri menyelar tindakan PAS yang menuduh PKR menjadi pengkhianat kepada hubungan tahaluf siyasi.
Katanya, parti Islam itu sebenarnya punca membawa kepada terputusnya hubungan kedua-dua parti dan bertegas PKR banyak bersabar dengan tohmahan pemimpin PAS.
“Baru-baru ini ada orang benci kita. Dia tidak mahu berkawan dengan kita, maka dia tuduh kita dengan pelbagai tohmahan yang buruk, kata kita jahat tapi akhirnya orang yang menuduh itu memutuskan hubungan.
“Selama ini kita bersabar dengan mereka. Kita cuba pertahankan hubungan suci ini,” kata beliau yang mendapat laungan reformasi daripada perwakilan.
FMT.

No comments:

Post a Comment