PESTA ONANI:SALEHHUDDIN NASIR MINTA MAAFLAH
Salehhuddin Nasir minta maaflah atas keterlanjuran tulisan. Menuduh tanpa bukti pesta arak, pesta onani. Kemudian meluat melihat pemimpin DAP berbuka puasa bersama orang Islam. Dengar cerita Salehhudin YDP PAS Kawasan Gombak.
Posted by mantaro SISI BUKIT
Pas 'meluat', 'menyampah' pemimpin DAP buka puasa dengan orang Islam
Selepas aksi bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin menampar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, 26 Mei lalu, pemimpin Pas Gombak pula mengejutkan banyak pihak dengan kecamannya pada hari kedua umat Islam berpuasa.
Meluahkan isi hatinya di Facebook pada 28 Mei lalu, Yang Dipertua Pas kawasan itu, Salehhuddin Nasir jelas tidak menyenangi kehadiran pemimpin DAP dalam majlis berbuka puasa bersama penganut Islam.
Beliau dalam status di media sosial itu jam 10.59 malam, secara berterus-terang mengakui "meluat (dan) menyampah" dengan keadaan tersebut yang dianggapnya sebagai menyibuk.
"Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," katanya merujuk kepada program yang dikaitkan dengan Penang Tourism tetapi sebenarnya tidak wujud seperti disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 27 Mei lalu.
Tidak cukup itu, Salehhuddin menujukan petikan ayat enam, Surah Al-Kafiruun yang bermaksud 'untukmu agamamu, untukku agamaku' kepada masyarakat Islam.
"Kepada orang Islam, Allah dah sebut lakum dinukum waliyadin," ujarnya yang kemudian mengundang lebih 400 komentar selepas 24 jam dimuat naik dengan majoritinya mengutuk sikap pemimpin Pas kawasan di Selangor itu.
Lanjut memanaskan kenyataan apabila beliau dengan butiran pada profil Facebook, "Mengejar syurga yang telah sedia menanti" mengaitkan Amanah dan PKR pula sebagai 'macai' DAP.
"Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. Pan (panggilan lazim pemimpin dan penyokong tegar Pas terhadap Parti Amanah Negara), PKR macai DAP!!" kecamnya lagi.
Kenyataan tersebut biarpun memperoleh hampir 200 'likes' pada tempoh sama bagaimanapun menyaksikan komentar pro Salehhuddin atau Pas 'ditenggelami' dengan cemuhan pengguna media sosial atau netizen.
Antaranya mendesak Salehhuddin memperbanyak mengucap dua kalimah syahadah selain menyifatkan tidak memiliki ciri sosial Islam yang dibawa Rasulullah SAW.
Terdapat juga netizen meletakkan pautan laporan berita mengenai Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang turut berdoa bersama penganut Islam di masjid.
Tidak kurang juga sejumlah pengagum Ustaz Salehhuddin sebelum ini lantaran ceramah agamanya yang menarik telah mengisytiharkan menolak pemimpin Pas akar umbi itu ekoran status Facebook tersebut.
No comments:
Post a Comment