Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi dilihat meneruskan jalinan kerjasama dengan pemimpin Umno dalam penganjuran Program Pelepasan Tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas hari ini.
Sebelum ini dalam dua acara tahun lalu yang diadakan, Abdul Hadi bersama dengan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam program ‘Himpunan Selamatkan Rohingya’ dan turut mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Hari ini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu, akan menyempurnakan Majlis Pelancaran R2R antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Petronas dai Jeti Perikanan Marang.
Penglibatan Presiden Pas, dalam beberapa program kerajaan wajar dicontohi dan dipuji kerana ia menunjukkan kematangan beliau dalam politik kata Exco Kerajaan Negeri A Latiff Awang dalam temubualnya dengan Bernama sebelum program berlansung hari ini.
No comments:
Post a Comment