Pages

Thursday, 15 June 2017

[Video Apa Istimewanya Isa Samad kepada Najib?] Ke mana pergi RM1.7 bilion bantuan kerajaan kepada Proton? Masuk poket orang?

Jumaat, 16 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.
Setiap tahun dana rakyat berbilion ringgit lesap entah hilang ke mana sejak di bawah pemerintahan Najib.

Tu blom kira lagi boros & ketirisan dlm pentadbiran Najib serta keluarganya..

Ke mana pergi RM1.7 bilion bantuan kerajaan kepada Proton? Masuk poket orang?

BANGI, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Bekas Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setakat apa yang diketahuinya, RM1.7 bilion yang kononnya bantuan oleh kerajaan kepada Proton tahun lalu tidak pernah sampai.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah wang itu telah masuk ke poket orang tertentu.
Mengikut laporan, kerajaan bersetuju memberi pinjaman mudah sebagai bantuan kepada Proton berjumlah RM1.7 bilion, tahun lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jun tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, komitmen kerajaan terhadap Proton terbukti dengan kelulusan pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat pada April tahun yang sama.
Dalam kenyataan itu juga Najib berkata, zaman keemasan Proton akan mampu dikembalikan selepas campur tangan politik Tun Dr Mahathir berakhir.
“Sekarang, saya dengan rasa sukacita mengatakan terdapat perubahan di peringkat tertinggi Proton, era campur tangan politik Tun Mahathir kini sudah berakhir,” kata Najib.
Tun Dr Mahathir sebelum ini menuduh Najib sebagai pencuri apabila melesapkan berbilion-bilion ringgit wang anak syarikat kerajaan, 1Malaysia Development berhad (1MDB), dan mempersoalkan RM2.6 bilion yang ada dalam akaun peribadi Najib. Perdana Menteri bagaimanapun menafikannya.
Bulan lalu, konglomerat DRB-Hicom menjual 49.9 peratus saham Proton kepada pengeluar kereta China – Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely). Proton juga menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan pembabitannya dalam segmen kereta sport.
“Ya. Maruah mempunyai kos. Kita mampu jika kerajaan tidak menggunakan cukai ke atas rakyat untuk membeli sokongan melalui rasuah. Duit sebanyak 1.7 billion ringgit yang kononnya diberi kepada Proton tidak sampai kepada Proton, setakat yang dapat diketahui.
“Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting. Jika diteliti keuntungan perniagaan Malaysia hari ini, cukai yang dikutip tetap lebih tinggi dari zaman Proton laris dijual. Tetapi hutang Kerajaan membukit. Di mana pergi dana Kerajaan ini. Apakah ia telah masuk poket orang itu dan orang ini?,” kata Tun Dr Mahathir dalam blog beliau, hari ini.
Sejak tercetus krisis Mahathir-Najib berikutan kritikan keras bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun itu terhadap beberapa isu dalam negara, terutama skandal 1MDB, RM2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Najib dan salah guna kuasa, kerajaan dilihat tidak banyak membantu Proton.
Usaha memadam legasi Mahathir oleh pentadbiran Najib semakin hebat. Wawasan 2020 diperkenalkan Mahathir diganti dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50), duit dijadikan raja, kehebatan 1MDB dijaja yang akhirnya memburukkan nama negara dan menjadi antara penyebab nilai ringgit jatuh.
Tun Dr Mahathir berkata, bukan sahaja masyarakat seluruh dunia tidak menghormati bangsa yang tidak menghargai maruahnya, tetapi bangsa itu sendiri tidak akan berjaya, dihina dan dipermainkan.
“Kita berjuang untuk dapat kemerdekaan kerana hasrat menebus maruah, dan menebus kuasa yang boleh menentukan maruah kita terpelihara. Sebenarnya jalan yang termudah dan tidak ada kos ialah dengan menerima penjajahan dan menjadi hamba kepada orang lain. Tetapi banyak negara yang penduduknya sanggup bermati-matian untuk mencapai kemerdekaan, menebus maruah.
“Kita di Malaysia tidak perang walaupun terpaksa melawan pengganas yang ingin mendiri pemerintahan komunis di Semenanjung Tanah Melayu. Kita menang dan kita dapat memerintah negara kita. Kita pilih demokrasi sebagai cara untuk memulih maruah kita. Saya fikir buat beberapa dekad kita berjaya. Nama Malaysia terserlah dikenali di dunia dan dihormati,” katanya.
Untuk menjadi negara maju menjelang 2020, katanya, Malaysia bukan sahaja perlu meningkatkan pendapatan, sebaliknya berkebolehan dalam pelbagai bidang yang ada di negara maju, termasuk industri.
“Belum ada negara pertanian atau negara yang kaya dengan sumber alam yang ditakrif sebagai negara maju. Kita pilih industri kereta bermotor sebagai catalyst (umpan) untuk tingkatkan kebolehan dan kemajuan kita dalam industri pembuatan. Industri kereta memerlukan komponen engineering sebanyak 4000. Sedikit demi sedikit kita akan menguasai bidang industri pembuatan kerana membekal komponen.
“Dengan menjual Proton kita mengaku kita gagal dan kemajuan ke arah menjadi Malaysia sebagai negara maju terencat,” katanya.
Suara Rakyat https://www.ismaweb.net/.../ke-mana-pergi-rm1-7-bilion.../

No comments:

Post a Comment