Pages

Tuesday, 6 June 2017

[Video Mufti & Paderi berbuka puasa semeja] Percayakan bomoh? Mangsa dipukul sampai mati! Menteri pertahanan diminta bertanggungjawab kematian penuntut UPNM.

Selasa, 6 Jun 2017

Menteri pertahanan diminta bertanggungjawab kematian penuntut UPNM

 | MALAYSIA DATELINE
Zulfarhan Osman Zulkarnain
Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal tahap pemantauan pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang seolah-olah longgar sehingga tidak mengetahui kejadian dera dalam kalangan penuntutnya.
Salahuddin Ayub
Timbalan presidennya Salahuddin Ayub berkata, kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain bukan perkara kecil kerana tiada sebarang tindakan diambil selama 10 hari Allahyarham menderita akibat didera.
"Amanah mempersoalkan tahap pemantauan pihak universiti dalam menangani kes ini di mana selepas 10 hari mangsa didera dengan kecederaan serius tetapi tidak mendapat sebarang rawatan sewajarnya.
"Terdapat kecuaian dalam pemantauan terhadap mangsa yang sewajarnya dapat dikesan melalui aktiviti 'roll call' tentera, sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali setiap hari.
"Pihak kami juga turut mempersoalkan tahap penjagaan keselamatan penuntut di universiti berkenaan yang sepertinya tidak endah dengan apa yang berlaku selama 10 hari ketika mangsa sedang dalam kesakitan tanpa ada sebarang aduan mengenai kehilangan penuntut atau tinjauan ke asrama tempat penuntut menginap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Salahuddin juga menegaskan, menteri pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussin mesti mengambil tanggunjawab penuh dalam kes yang melibatkan universiti di bawah kelolaan beliau sebagai menteri.
"Datuk Seri Hishamuddin Hussin tidak boleh lari dari isu penderaan melampau ini dan mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden yang memalukan ini.
"Saya menegaskan agar pihak universiti untuk tampil bertanggungjawab dalam hal yang membabitkan penuntut Zulfarhan Osman Zulkarnain ini dan janganlah mereka hanya berselidung di sebalik Menteri Pertahanan yang dilihat gagal mengawal keadaan atau tugas yang sepatutnya dilakukan beliau," katanya lagi.
Dalam pada itu, Amanah katanya bersedia menawarkan nasihat guaman untuk keluarga mangsa membuat suatu tindakan undang-undang dalam menjalankan kes tersebut.
"Dalam lawatan pihak Amanah ke rumah keluarga mangsa, kami dapati kedukaan yang melanda keluarga itu jelas terzahir dan dengan itu pihak kami juga turut menawarkan nasihat guaman untuk keluarga mangsa membuat suatu tindakan undang-undang dalam menjalankan kes tersebut yang melibatkan anak sulung mereka. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada mangsa," katanya.
Beliau juga menasihatkan semua pihak agar menggunakan undang-undang yang ada di negara ini dalam menjatuhkan hukuman kepada orang yang didapati bersalah, bukan membuat undang-undang sendiri.
"Amanah ingin menasihatkan bahawa undang-undang telahpun wujud sekian lama dan janganlah ada pihak yang cuba mereka-reka undang-undang sendiri yang boleh mengakibatkan berlakunya kes jenayah sekaligus telah menyebabkan masa depan pelaku-pelaku jenayah seperti 36 penuntut universiti ini menjadi gelap," katanya.
Zulfarhan didakwa dipukul suspek yang percaya pada bomoh yang menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer ribanya.

No comments:

Post a Comment