KELUAR FGV, MASUK SPAD ??!
TAHUKAH ANDA.. FGV rugi RM13.4 billion sejak disenaraikan di BSKL ketika dipengerusikan oleh Isa Samad.
Bagaimana sorang yang jelas gagal menepati KPI dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan yang lain setelah gagal membuktikan kemampuannya di agensi yang dipegangnya sebelum ini..?
MASIH INGAT memori 22 tahun dahulu di 'Port Dickson' ??!
"YOU HELP ME, I HELP YOU.."
TAHUKAH ANDA.. FGV rugi RM13.4 billion sejak disenaraikan di BSKL ketika dipengerusikan oleh Isa Samad.
Bagaimana sorang yang jelas gagal menepati KPI dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan yang lain setelah gagal membuktikan kemampuannya di agensi yang dipegangnya sebelum ini..?
MASIH INGAT memori 22 tahun dahulu di 'Port Dickson' ??!
"YOU HELP ME, I HELP YOU.."
Isa akhirnya keluar dari FGV
Kemelut pengurusan atasan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) kini sudah ke penghujungnya apabila sumber dipetik media menyebut Tan Sri Isa Samad akan digantikan dengan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi baharu FGV.
Sumber yang dipetik dari BH dan New Straits Times (NST) itu menyebut mengenai pelantikan Dr Sulaiman yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, FGV dijangka dibuat hari ini.
Sulaiman, 67, tokoh yang berpengalaman luas yang pernah berkhidmat dalam kerajaan selama 38 tahun dengan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal.
Beliau juga adalah Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Sulaiman adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam. Beliau adalah lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian di University of London.
Beliau menyempurnakan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal tahun 1986.
Laporan akhbar BH hari ini yang memetik sumber berkata, kedudukan Isa serta Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam FGV akan ditentukan hari ini. Difahamkan, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan krisis melanda FGV dan kedudukan pengurusan tertinggi agensi itu, petang ini.
Hari ini, satu mesyuarat dijadualkan diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan disediakan pihak bebas dilantik kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut melanda syarikat perladangan terbesar negara.
Menurut satu sumber, Isa juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini. Sumber itu mengulas khabar angin dan spekulasi bahawa Isa akan digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat senaraian awam itu.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu.
Isa ketika dihubungi BH semalam mengenai desas-desus kedudukan beliau dalam FGV berkata: "Saya tidak tahu (khabar ingin mengenai kedudukan beliau), saya tak mahu komen apa-apa lagi sekarang. Kita tunggu dulu."
Zakaria pula berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan kerajaan mengenai nasib dirinya di dalam syarikat itu.
Sementara itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, ketika ditemui BH di Johor Bahru, semalam, menafikan beliau turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya, hari ini.
"Saya tidak dipanggil (pertemuan di Putrajaya hari ini), jadi saya tak tahu apa mesyuarat (akan dibincang atau diumumkan). Buat masa ini, cerita mengenai pengguguran Isa dan Zakaria, hanya khabar angin.
"Kita tunggulah esok (hari ini) kerana kali ini Perdana Menteri nampak serius. Kerajaan serius sehingga melantik pihak bebas (Idris Jala) untuk mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku dalam FGV," katanya.
No comments:
Post a Comment