Pages

Monday, 5 June 2017

[Video Mau Tolong Rakyat, Kasi Pelajaran Bukan Bagi Duit Saja & Di Sabah Sekarang Ramai Yg Keluar UMNO Masuk Warisan] Sinergi (Penggabungan) RHB-AMBank Jangan Memangsakan Pekerja.

Isnin, 5 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Sinergi RHB-AMBank Jangan Memangsakan Pekerja
1. Berita tentang penggabungan RHB-AmBank kembali panas setelah lama hilang dalam radar pasaran perbankan.
2. Tiupan berita ini sahaja sudah cukup untuk menyuntik sentimen positif lalu melonjakkan harga saham kedua-dua bank tersebut minggu lalu.
3. Bank Negara Malaysia (BNM), khamis lalu telah mengizinkan sinergi atau penggabungan RHB-Ambank ini.
4. Apakah tujuan sebenarnya Penggabungan (Merger) ini?
5. Pastinya keputusan ini dipacu dan dipengaruhi matlamat keuntungan. Juga, gabungan lazimnya adalah untuk mencapai sinergi perniagaan (business synergy) yang memposisikan entiti baru itu lalu meningkatkan penguasaan pasaran (market dominance).
6. Dalam urusniaga ini, RHB yang bakal membeli AmBank dengan harga sekitar RM38.85 bilion. Sekaligus ini menjadikan RHB-Ambank, sebagai bank keempat terbesar dengan jumlah aset (total asset) sebanyak RM365.9bilion selepas Public Bank RM380 bilion (Maybank terbesar RM736bilion dan CIMB RM486bilion).
7. Dilihat di segi sinergi bines, para analisis tidaklah menganggap gabungan ini mempunyai potensi untuk melonjakkan keuntungan mereka.
8. Kedua-dua mahu mencebur aktif dalam sektor Industri-Kecil Sederhana (SME) yang bukan merupakan kekuatan mereka. Kekuatan Ambank adalah dalam sektor pinjaman kereta, sementara RHB adalah dalam bank pelaburan (investment banking). Pokoknya tidaklah besar menafaat itu kecuali dalam mengurangkan kos operasi mereka (cost synergies). Tidak dinafikan juga wujud risiko gabungan seumpama kemerosotan pertumbuhan pinjaman.
9. Namun paling terkesan dalam gabungan ini adalah impak kepada pekerja. Jumlah pekerja RHB-Ambank adalah 25 ribu. Dikatakan yang bakal diberhentikan adalah beberapa ribu pekerja. Dalam suasana pengangguran yang kritikal serta kesukaran mendapat pekerjaan, amat tidak wajar untuk entiti baru ini memberhentikan pekerja mereka.
10. Segala usaha mesti dilakukan untuk membuka pelbagai perkhidmatan baru seumpama dalam perbankan lslam atau pengurusan kekayaan (wealth management), yang boleh menggunakan ketrampilan atau membangunkan lagi ketrampilan baru pekerja supaya lebih produktif dan berdaya-saing. Perlu dielakkan pekerja menjadi mangsa pada setiap pergabungan bank untuk melahirkan bank yang lebih besar lagi.
DR DZULKEFLY AHMAD
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara
5 JUN 2017

No comments:

Post a Comment