#BreakingNews .. DAN LAGI..
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Umno & PAS banyak kebersamaan !!
Wajah PAS hari ini selepas ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz.
500 ahli Umno serah borang PKR pada Ratu Naga
| DALIA ISMAIL
Sebanyak 500 ahli Umno Melaka sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sebuah majlis pelancaran jentera "Tukau Melaka" di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka semalam.
Bagi Exco Wanita PKR Syarul Ema Rina atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berkata, menerusi siri jelajah jentera pilihan raya di sekitar Alor Gajah beliau berjaya membawa kepada kemasukan 500 ahli baru dikalangan bekas ahli Umno pelbagai golongan sertai PKR dalam mengerakkan jentera Tukau Melaka.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana memberi kerpercayaan melantik saya sebagai Exco Wanita Pusat untuk saya berbakti pada masyarakat di Melaka," ujarnya.
Dalam majlis diadakan itu bekas Exco Pemuda Umno Negeri Mohd Jailani Khamis yang juga peguam peribadi Tan Sri Mohamad Ali Rustam telah menyerahkan borang keahlian itu kepada Syarul Ema Rena untuk diserahkan secara rasmi kepada Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar dalam ucapannya berkata, pengalamannya mengadakan ceramah di negeri itu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sering diganggu Jailani dan kumpulannya.
Dalam majlis itu, Shamsul Iskandar menyarungkan 'vest' PKR kepada bekas musuh politiknya Mohd Jailani yang mendakwa sudah bertaubat daripada terus bersama Umno kerana tidak mahu bersekongkol dengan budaya rasuah parti itu.
"Kami tidak mahu lagi bersama jemaah yang kotor dan penuh korupsi," kata Mohd Jailani ketika ditanya punca beliau berubah fikiran untuk menyertai PKR.
Majlis anjuran Wanita Pusat yang berlansung tiga hari di bawah Parlimen Alor Gajah itu turut memberi sumbangan kepada 100 golongan asnaf seperti dodol, kurma dan bubur lambuk.
No comments:
Post a Comment