APA HAL PULA DENGAN CEO FGV NI???
ZAKARIA DIKATAKAN JUJUR DAN TERLALU LURUS. ZAKARIA JUGA DILAPURKAN ENGGAN MEMBUAT URUSAN BAWAH MEJA, ISA SAMAD MAHU ZAKARIA DISINGKIRKAN...
(Jadi inilah peranan Isa rupanya... siapa jujur dan lurus tunai tanggungjawab bakal disingkirkan. Hebat betul si katik Isa Samad yer)
Khabar bertiup kencang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad akan disingkirkan.
Punca dan sebabnya? Dah 'tak belaga angin' atau tak sekata lagikah beliau dengan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad?
Dikatakan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Jumaat lalu
ada dibincangkan mengenai penyingkiran Zakaria.
Nak tahu selanjutnya kena tanya orang kuat Datuk Seri Najib Razak iaitu Raja Petra Kamaruddin.

Saya kenal Idris Jala, Isa harus letak jawatan, kata Muhyiddin
| DALIA ISMAIL
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak yang bebas menangani kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Idris bukanlah individu yang sesuai untuk menangani isu dalaman membabitkan FGV dan anak syarikatnya.
"Saya rasa musykil dan tidak faham mengapa Idris Jala dilantik, kononnya untuk meneliti masalah berkaitan dalam syarikat.
"Kita tahu siapa itu Idris Jala, Saya pun kenal beliau," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan seharusnya melantik sebuah badan akauntan bertauliah yang lebih dilihat bebas dan telus dalam menangani isu membabitkan FGV dan anak syarikatnya.
"Saya fikir lebih baik sebuah syarikat juru audit yang bertauliah, lebih bebas dan telus dilantik.
"Juru audit yang bertauliah ini bila buat kerja tiada kepentingan atau kaitan dengan pihak kerajaan.," ujarnya.
Bahkan beliau berkata, sepatutnya Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan dengan isu terkini yang berlaku membabitkan FGV.
"Sepatutnya dah lama. Bila FGV tercetus krisis dan masalah besar orang yang sangat bertanggung jawab selain perdana menteri ialah Tan Sri Isa.
"Tetapi malangnya perdana menteri sebagai menteri yang bertanggung jawab ke atas Felda tidak mahu mengenepikan Tan Sri Isa dan terus melantiknya sebagai Pengerusi FGV sebab itu masalah berterusan.
"Mengapa tidak diberi kepada lain-lain orang yang berpengalaman. Orang politik ini ramai yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah.
"Tetapi bukan cara memindahkan dia dari satu tempat (jawatan) ke tempat (jawatan) lain.
" Dari menjadi pengerusi Felda ke pengerusi FGV . Masalah besar yang dihadapi Felda ialah FGV.
"Saya persoalkan kebijaksanaan perdana menteri membuat keputusan. Nampak keputusan itu salah dan berulang.
"Dia gunakan kedudukannya sebagai pengerusi untuk membuat keputusan pelaburan sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Zakaria tidak menepati apa yang sepatutnya FGV lakukan.
"Ini menunjukkan dia tidak memelihara kepentingan 120,000 pemilik saham yang terdiri dari kalangan peneroka Felda," ujarnya.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan Idris dilantik sebagai pihak tidak berkepentingan untuk mengemukakan bukti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian berhubung keputusan FGV mengarahkan Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan dua pengarah kanannya bercuti pada Selasa.
Krisis FGV dilihat semakin meruncing apabila empat pengurusan kanan syarikat itu dan anak syarikatnya dipaksa bercuti.
Empat yang dipaksa bercuti ialah Zakaria dan Ahmad Tifli Talha serta Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products (DOP), Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan, arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan membabitkan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk DOP.
No comments:
Post a Comment