Pages

Saturday, 3 June 2017

[Video Tun M - Aku Akan Pergi Tak Lama Lagi] Sikap perpuakan pemimpin PAS api-apikan hubungan orang Islam, bukan Islam.

Sabtu, 3 Jun 2017

Lim Guan Eng turut menikmati juadah berbuka sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Antara mereka yg duduk semeja dengan Dr Mahathir ialah Shafie Afdal, Lim Liong Sik, Ibrahim Ali, Mat Sabu, TSMY & MM..


Sikap perpuakan pemimpin PAS api-apikan hubungan orang Islam, bukan Islam



SHAH ALAM, 2 JUN: Sikap perpuakan dan perpecahan yang semakin menonjol di kalangan sebahagian pemimpin dan pengikut PAS kepada rakyat Malaysia amat dikesali.
Malang lagi apabila ada pemimpin PAS seolah-olah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak menyokong agenda parti itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) tidak layak memasuki masjid.
“Adalah sangat memalukan buat seorang ustaz tidak tahu bahawa Islam itu bertapak dengan sifat-sifat universal yang sinonim dengan semua lapisan masyarakat.
“Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia, inilah masanya kita ingin memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat dan tempayan yang terbaik adalah sebuah masjid,” kata Bendahari DAPSY Selangor, Mohamad Shakir Ameer.
Beliau menempelak kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim seperti dilapor FreeMalaysiaToday semalam bahawa orang bukan Islam yang tidak menyokong RUU355 tidak patut memasuki masjid.
“Ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal
“Saya sangat pelik dengan Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) sekarang, dahulu mereka yang mengajak bukan islam berbuka puasa sekali, kini lain pula ceritanya.
“Bagi saya, PAS kini menunjukkan belangnya dengan menggunakan alasan kekurangan sokongan terhadap RUU355 untuk melagakan hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam,” katanya.
Menurut Shakir, sikap tidak bertanggungjawab yang semakin ditonjolkan pemimpin PAS kononnya demi menegakkan Islam melalui cara sedemikian amat berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama. –Roketkini.com

No comments:

Post a Comment