Setiausaha Akhbar PM beri isyarat UMNO terdesak menjelang PRU14
Pada
oleh RoketKini
KUALA LUMPUR, 3 JUL: Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin telah memberi isyarat jelas bahawa UMNO sangat terdesak sehingga sanggup mengugut untuk mengharamkan DAP menjelang pilihanraya umum ke-14 tidak lama lagi.
Ugutan tersebut yang dibuat setelah gagal menjawab analisa Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tentang isu sokongan dalam UMNO terhadap Perdana Menteri, ternyata hanya mengukuhkan lagi bacaan politik tersebut.
Demikian ulasan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya, sambil membayangkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang akan mempengaruhi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menekan DAP seperti yang dilakukannya di ambang PRU ke-13 lalu.
“Saya harap rakyat Malaysia tidak terkejut jika kita menyaksikan keadaan di mana bukan sahaja pimpinan serta aktivis politik ditangkap dan dipenjara menjelang PRU14, malah parti-parti politik seperti DAP juga mungkin diharamkan.
“Kenyataan SU Akhbar PM ini hanya membuktikan apa yang telah disebut PKR dan parti-parti pembangkang yang lain selama ini, iaitu rejim ini mungkin sanggup melakukan apa sahaja – termasuk salah guna kuasa demi menjamin kemenangan di dalam PRU-14,” tambahnya sambil menyatakan rasa tidak sangka Sarifuddin akan berani menyebutnya terang-terangan.
“(Ugutan tersebut) adalah satu tindakan politik ‘desperado’ yang melanggar prinsip demokrasi,” jelas Fahmi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat tengah malam itu, Tengku Sarifuddin cuba bercakap bagi pihak ROS dengan mengugut bahawa DAP mungkin tidak boleh menggunakan lambang roket dalam PRU14 akan datang.
Ugutan tersebut ternyata mengarut apabila Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo menyekolahkan Sarifuddin tentang tindakan undang-undang terhadap ROS pada tahun 2014, yang menyaksikan pihak ROS mengiktiraf Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment