Pages

Wednesday, 5 July 2017

[Video Dr M kpd Najib siapa sebenarnya pengkhianat bangsa] KEJAHILAN HADI PRESIDEN PAS terhadap prosiding undang-undang DoJ & Apa yang dibeli dgn WANG YG DICURI DARIPADA 1MDB.

Rabu, 5 Julai 2017

Foto Parti Amanah Negara.

SURAT TERBUKA HADI AWANG MENYERLAHKAN KEJAHILAN PRESIDEN PAS TERHADAP PROSIDING UNDANG-UNDANG DEPARTMENT OF JUSTICE (DOJ) ðŸ“§

Surat terbuka Hadi menyerlahkan kejahilan Presiden Pas terhadap prosiding undang-undang DoJ 

Surat terbuka presiden PAS, yang juga ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencemarkan nama baik seorang ahli legaslatif dan kedudukannya sebagai antara ulamak dunia.Tuduhan kononya kuasa asing cuba untuk masuk campur hal ehwal negara jelas disebabkan kekurangan maklumat beliau atau kemungkinan mengikut skrip biasa UMNO/BN sebelum ini bagi mengalih tumpuan isu sebenar.

Hakikatnya, DOJ menggunakan bidang kuasa mereka terhadap prosedur kleptokrasi (perompak kekayaan negara) untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri daripada 1MDB yang dibelanjakan di Amerika Syarikat, sepatutnya Hadi merasakan ini adalah baik bagi rakyat Malaysia, sebagai penerima manfaat utama. 

Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang waras mahukan campurtangan negara asing dalam urusan negara. Namun membantu negara asing untuk menangkap perompak besar dari negara kita yang merompak di negara asing dengan menggunakan kekayaan negara kita, patut diberi bantuan untuk siasatan demi menjaga maruah negara dan mengembalikan duit negara yang dirompak.

Surat terbuka beliau secara tidak langsung telah menjadikan Presiden PAS sebagai pembela kepada kleptokrasi kerajaan Najib.

Tujuan mereka yang sama waktu dengannya hanya satu, iaitu untuk meraih simpati pengundi dengan melemparkan sensitiviti perkauman, agama dan kini anti-barat pula. 

Naratif baru diperlukan di mana sebagai seorang Muslim dan Melayu, kita mesti tegas dalam isu rompakan besar negara ini sebab ia boleh menghancurkan negara. Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai prinsip utama menyelamatkan kekayaan negara dari dirompak oleh pemimpin negara yang kita pilih. Kita menolak campurtangan asing tapi kita mesti menangkap para perompak yang mencuri kekayaan negara!

Tindakan sebahagian para mufti dan pemimpin agama seperti presiden PAS akan menjadi penghalang rakyat untuk menundukkan perompakan mega kekayaan negara yang bermaharajalela. Jika inilah sikap mereka, rakyat perlu membawa mesej yang tegas menolak mentaliti terkepung ini.

Justeru, negara Malaysia perlu kepimpinan yang bersih dari rasuah, berwawasan, berhati rakyat dan membina semula negara ini dengan semangat yang baru. Hanya dengan itu Malaysia akan menjadi trajektori perubahan dan pembaharuan tulen yang kita semua citakan dan harapkan.

"Malaysia tanpa rasuah"

Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Parti Amanah Negara
The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment