Pages

Tuesday, 11 July 2017

[Video Kisah perselisihan dua adik-beradik & Tun M cabar Rosmah saman DOJ] Apabila PAS ‘menyerondoi’ di pintu UMNO

Rabu, 12 Julai 2017

Iklan ais krim Indonesia jadi perhatian dunia.
Satu iklan komersil televisyen ais krim tempatan, Indoeskrim mendapat perhatian seluruh dunia di Internet.
Iklan berdurasi 3 minit itu menduduki tempat kelima dalam senarai trending video YouTube dan telah ditonton lebih 800,000 penonton.
Bertajuk "Kisah Legenda Nusantara", ia memaparkan kisah perselisihan antara dua adik beradik yang berebut makanan.
Salah seorang pengawal melaporkan kejadian itu kepada Ratu, yang segera campur tangan, melalui walkie talkie.
Apabila Ratu itu gagal menghentikan pertarungan, dia memanggil suaminya menggunakan iPhone dengan hiasannya yang unik.
Raja, yangs sedang menunggang burung, menerima panggilan dari Ratu lalu mengenal pasti lokasi mereka menggunakan Peta Google. Dia kemudian menghentikan pertarungan anak-anak mereka dengan mempersembahkan kabinet yang penuh berisi ais krim.


Apabila PAS ‘menyerondoi’ di pintu UMNO


Saya memetik artikel siaran portal rasmi PAS di pautan ini yang mengkritik DAP berhubung isu melibatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini, serta laporan Malaysiakini di sini.
PAS hari ini jelas telah berubah. PAS sudah lupa bahawa dalam apa juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah, tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam perjuangan.
Pengalaman saya dalam PAS dahulu, kami seringkali ditarbiyah bahawa perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila berhadapan kezaliman. Bahkan ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian ‘Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku.”
Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.
Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan RoS – pada kacamata Islam – bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini.
Bagi saya, apa yang pelik ialah, PAS pada hari ini yang begitu intim dengan pemerintah zalim. Dengan segala kemungkaran nyata yang telah dilakukan oleh UMNO BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara, bagaimana PAS boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?
Adakah PAS telah melupakan nasihat para murobbi (pendidik) dan pemimpin terdahulu mereka sebelum ini? Apakah PAS sudah lupa kata-kata yang sering diungkapkan oleh Al-Marhum ustaz Fadzil Noor “Ulamak yang jahat ialah ulamak yang menyerondoi di pintu-pintu umarak”?
PAS sepatutnya memahami perkara ini. Malangnya, sikap yang dipamerkan menerusi tulisan di portal rasmi parti itu ibarat ‘menyimbah minyak ke dalam api’. Bahkan, ia menzahirkan lagi sikap PAS yang telah menjadi lidah kepada pemerintah zalim.
DAP tidak ‘hilang roket’nya. Sebaliknya PAS lah yang telah hilang jatidiri perjuangan dan menjadi rakan kongsi kepada UMNO BN untuk mensabotaj usaha DAP dan Pakatan Harapan melawan ketidakadilan di negara ini. PAS juga telah menjadi ‘tongkat’ mengukuhkan lagi kedudukan pemimpin kleptokrat. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment