Pages

Thursday, 6 July 2017

[Video Mengapa MELAYU MULIAKAN SANGAT PENCURI & MELANUN Duit Rakyat Seperti Najib?] Kini Dr M tak tolak Anwar jadi PM.

Jumaat, 7 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Juara 2015 menteri kewangan terburuk asia - Najib
Juara 2016 menteri kewangan terburuk asia - Najib

1993 Anwar antara 4 menteri kewangan TERBAIK DUNIA.

Kini Dr M tak tolak Anwar jadi PM


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.
Mahathir, selaku individu yang menyekat perjalanan politik Anwar setelah memecatnya dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 berkata demikian dalam temu bual dengan The Guardian, semasa lawatan beliau ke London baru-baru ini.
"Dalam kes Anwar, kita boleh menuntut beliau tidak dilayan dengan adil. Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi kerajaan dan saya fikir kerajaan baru dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.
"Dengan itu, beliau dapat kembali berpolitik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak dapat tolak," akuinya.
Persoalan siapa yang akan memimpin kerajaan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berkuasa pada pilihan raya umum akan datang yang dijangkakan seawal bulan September telah mencetuskan ketegangan dalam gabungan pembangkang itu.
Mahathir yang dicadangkan sebagai perdana menteri sementara oleh sekutunya dalam pakatan itu juga berkata, beliau tidak akan membantah jika ditawarkan kedudukan itu.
Keengganan Mahathir untuk mengangkat sepanduk yang tertera 'Anwar PM ke-7' semasa Kongres Nasional Tahunan PKR baru-baru ini juga mencetuskan kekacauan di kalangan ahli politik tanahair.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment