Rakyat tentukan.. Apa pilihan rakyat?
Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan
ULAS ISU
Para pemimpin UBN terus mempertikai dan mengkritik pembentuk kepimpinan Harapan. Ketiadaan Lim Kit Siang dalam saf kepimpinan itu menjadi isu utama yang diperolok-olokkan. Pemimpin UBN cuba menimbulkan tanggapan buruk bahawa pemimpin "kerohanian" DAP itu diketepikan atau dijadikan mangsa.
Dalam masa sama juga mereka membuat serangan, ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal. Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.
Yang jelasnya ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.
Bagaimana pun dari sisi lain ketiadaan Kit Siang dalam saf utama Harapan itu secara tidak langsung menunjukkan pemimpin Harapan mempunyai idea kemas bagaimana untuk menghuruharakan pemikiran para pemimpin BN serta meletakkan mereka dalam keadaan gear mati.
Najib Razak seakan terkilan dengan cara pembentukan itu apabila Lim Kit Siang tidak diletakkan sama taraf dengan Dr Mahathir Mohamad atau Dr Wan Azizah Ismail. Katanya pembentukan itu pelik dan tidak sama dengan BN, dimana dalam BN parti besar (majoriti) berpandukan kerusi menjadi kepalanya macam Umno. Katanya sepatutnya pemimpin DAP itu dilantik menjadi pengerusi bukan Dr Mahathir mewakili parti kecil PPBM.
Apa yang menjadi keutamaan DAP ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.
Kritikan dan "ogehan" para pemimpin Umno berhubung pembentukan kepimpinan Harapan itu tidak perlu dilayan sangat oleh pemuka Harapan. Hatta para cyber troopernya pun tidak perlu terpanggil dengan isu itu. Cukuplah para pemimpin Harapan memberi respon secara sistemetik terhadap apa yang mereka ungkitkan. Yang penting rakyat dan orang ramai sangat memahami keadaannya dan pembentukan itu diterima orang ramai. Tiada komplen daripada orang ramai khasnya dari kalangan penyokong parti-parti komponen Harapan.
Setakat ini rata-rata berpuas hati dan mengangkat jempol atas kejayaan pembangkang mewujudkan kepimpinannya.
Kejayaan pembangkang membentuk kepimpinan itu menyerlahkan kesungguhan dan iltizam pembangkang untuk menumbangkan kerajaan kleptkrosi pimpinan Najib Razak. Sebab itu rakyat tidak menimbulkan soal titik bengkit seperti apa dibangkit Najib dan gengnya. Matlamat menjatuhkan Najib dan menukar kerajaan mengatasi segala kepentiungan dan keperluan peribadi.
Yang menyibuk hari ini ialah para pemimpin Umno.
Apa yang Harapan perlu tumpukan kini ialah memperkemaskan lagi organ kepimpinan itu. Beberapa post yang masih kosong seperti ketua penerangan, pengarah strategi, pengarah pilihan raya dan sebagainya hendaklah diisi segera bagi membolehkan kerja dan persiapan menghadapi pilihyan raya dilakukan. Kekosongan itu tidak harus dibiarkan lombong agar ia tidak masuk angin.
Beberapa pemimpin muda yang menjadi sebutan dan idola generasi mereka hendaklah dimasukkan dalam barisan kepimpinan itu. Diberikan tanggungjawab untuk membolehkan mereka menunjukkan kebolehan masing-masing.
Nama-nama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Syed Sadiq, Shamsul Iskandar Md Akim dan lain-lain tidak harus dilupakan. Di samping itu nama Husam Musa, Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, dan lain-lain perlu berada dalam kepimpinan berkenaan. Tidak tertinggal juga mungkin pemimpin over veteranseperti Muhammad Mohd Taib, Ahmad Awang ikut sama dijerutkan dalam saf berkenaan.
Badan tertinggi itu memerlukan penyertaan generasi muda dan veteran agar wujud perseimbangan yang padu. Situasi ini mencerminkan Harapan sebuah gabungan syumul semua rakyat.
Selain itu apa yang penting juga dan perlu disegerakan ialah pembentukan struktur Harapan di peringkat negeri. Tanpa terbentuk struktur ini ia boleh menyebabkan Harapan masih belum ideal dan sudah pasti kelambatan membentuknya akan disuluh musuh sebagai ia bermasalah.
Negeri-negeri yang perlu disegerakan pembentukan ialah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. Selepas pembentukan kepimpinan peringkat negeri ini, Harapan perlu bergerak serentak mengadakan road show mereka. Gerakan atau road show pertama ini sangat memerlukan kepada pengaturan yang kemas dan grand kerana ia akan menjadi penarik semangat buat rakyat. Road show itu juga nanti akan tambah membingungkan UBN. Kelemahan dan kurang sambutan road show ini boleh menegatifkan Harapan.
Mungkin saf kepimpinan di Selangor perlu disegerakan. Tidak perlu ada alasan lain untuk melewatkan perkara ini. Azmin Ali selaku orang kuat PKR Selangor perlu respon hal ini dan sebagai ketua beliau harus menunjukkan sikap positif. Azmin kena muktamadkan percintaan diamnya dengan Pas.
Suka atau suka Selangor adalah antara negeri menjadi aset penting buat Harapan. Kelambatan membentuk saf kepimpinan di peringkat Selangor ia akan disuluh sebagai kelemahan dan masalah dalam Harapan. Sikap terlalu cerdik dan licit Azmin boleh memberi risiko buruk buat dirinya sendiri.
Sekali lagi diulang, Harapan tidak perlu melayani kritikan dari para pemimpin BN. Mereka akan membuat apa-apa tafsiran dan ulasan kerana sejak tertubuh dengan rasminya Harapan, kebanyakan mereka sudah kemabukan ketum. Biarlah mereka terus pening dengan kerungsingan dan kebimbangan.Harapan terus maju dan maju demi rakyat. [wm.kl.2:34 pm 20/07/17]

Pendapat Najib itu mahu mencerminkan BN disusun dengan adil dan saksama, bahawa Umno medominasikan suasana. Tetapi beliau terlupa bahawa apabila Lim Kit Siang tiada dan DAP tidak diberi keutamaan kandati mempunyai kerusi lebih, di sinilah bijaknya politik pembangkang di kalangan Melayu. Ia juga menunjukkan sikap toleransi tinggi daripada DAP, rela memberi laluan kepada Melayu mendominasi pakatan berkenaan. DAP berfikir lebih waras daripada cara Najib berfikir.
Apa yang menjadi keutamaan DAP ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.
Kritikan dan "ogehan" para pemimpin Umno berhubung pembentukan kepimpinan Harapan itu tidak perlu dilayan sangat oleh pemuka Harapan. Hatta para cyber troopernya pun tidak perlu terpanggil dengan isu itu. Cukuplah para pemimpin Harapan memberi respon secara sistemetik terhadap apa yang mereka ungkitkan. Yang penting rakyat dan orang ramai sangat memahami keadaannya dan pembentukan itu diterima orang ramai. Tiada komplen daripada orang ramai khasnya dari kalangan penyokong parti-parti komponen Harapan.
Setakat ini rata-rata berpuas hati dan mengangkat jempol atas kejayaan pembangkang mewujudkan kepimpinannya.
Kejayaan pembangkang membentuk kepimpinan itu menyerlahkan kesungguhan dan iltizam pembangkang untuk menumbangkan kerajaan kleptkrosi pimpinan Najib Razak. Sebab itu rakyat tidak menimbulkan soal titik bengkit seperti apa dibangkit Najib dan gengnya. Matlamat menjatuhkan Najib dan menukar kerajaan mengatasi segala kepentiungan dan keperluan peribadi.
Yang menyibuk hari ini ialah para pemimpin Umno.
Apa yang Harapan perlu tumpukan kini ialah memperkemaskan lagi organ kepimpinan itu. Beberapa post yang masih kosong seperti ketua penerangan, pengarah strategi, pengarah pilihan raya dan sebagainya hendaklah diisi segera bagi membolehkan kerja dan persiapan menghadapi pilihyan raya dilakukan. Kekosongan itu tidak harus dibiarkan lombong agar ia tidak masuk angin.
Beberapa pemimpin muda yang menjadi sebutan dan idola generasi mereka hendaklah dimasukkan dalam barisan kepimpinan itu. Diberikan tanggungjawab untuk membolehkan mereka menunjukkan kebolehan masing-masing.
Nama-nama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Syed Sadiq, Shamsul Iskandar Md Akim dan lain-lain tidak harus dilupakan. Di samping itu nama Husam Musa, Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, dan lain-lain perlu berada dalam kepimpinan berkenaan. Tidak tertinggal juga mungkin pemimpin over veteranseperti Muhammad Mohd Taib, Ahmad Awang ikut sama dijerutkan dalam saf berkenaan.
Badan tertinggi itu memerlukan penyertaan generasi muda dan veteran agar wujud perseimbangan yang padu. Situasi ini mencerminkan Harapan sebuah gabungan syumul semua rakyat.
Selain itu apa yang penting juga dan perlu disegerakan ialah pembentukan struktur Harapan di peringkat negeri. Tanpa terbentuk struktur ini ia boleh menyebabkan Harapan masih belum ideal dan sudah pasti kelambatan membentuknya akan disuluh musuh sebagai ia bermasalah.
Negeri-negeri yang perlu disegerakan pembentukan ialah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. Selepas pembentukan kepimpinan peringkat negeri ini, Harapan perlu bergerak serentak mengadakan road show mereka. Gerakan atau road show pertama ini sangat memerlukan kepada pengaturan yang kemas dan grand kerana ia akan menjadi penarik semangat buat rakyat. Road show itu juga nanti akan tambah membingungkan UBN. Kelemahan dan kurang sambutan road show ini boleh menegatifkan Harapan.
Mungkin saf kepimpinan di Selangor perlu disegerakan. Tidak perlu ada alasan lain untuk melewatkan perkara ini. Azmin Ali selaku orang kuat PKR Selangor perlu respon hal ini dan sebagai ketua beliau harus menunjukkan sikap positif. Azmin kena muktamadkan percintaan diamnya dengan Pas.
Suka atau suka Selangor adalah antara negeri menjadi aset penting buat Harapan. Kelambatan membentuk saf kepimpinan di peringkat Selangor ia akan disuluh sebagai kelemahan dan masalah dalam Harapan. Sikap terlalu cerdik dan licit Azmin boleh memberi risiko buruk buat dirinya sendiri.
Sekali lagi diulang, Harapan tidak perlu melayani kritikan dari para pemimpin BN. Mereka akan membuat apa-apa tafsiran dan ulasan kerana sejak tertubuh dengan rasminya Harapan, kebanyakan mereka sudah kemabukan ketum. Biarlah mereka terus pening dengan kerungsingan dan kebimbangan.Harapan terus maju dan maju demi rakyat. [wm.kl.2:34 pm 20/07/17]
comment:
Tahniah kepada PH kerana berjaya membentuk saf kepimpinan yang berwibawa & cukup untuk memening kepala pihak lawan, UMNO/BN serta sekutu mereka PAS.
Tahniah juga atas kebijaksanaan pimpinan PH yang berjiwa besar terutamanya DAP, Amanah, PKR & PBBM yang tidak "gila jawatan"...
Semoga Allah memenangkan gabungan PH untuk mengambil alih kerajaan Malaysia!!
No comments:
Post a Comment