Pages

Thursday, 13 July 2017

[Video Penuh Sidang Media Pakatan Harapan] Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan.

Jumaat. 14 Julai 2017

Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju secara konsensus untuk  menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu dengan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Harapan, Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pengumuman struktur Pakatan Harapan ini telah dibuat Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini selepas lebih 4 jam mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan.
Bagi jawatan Timbalan Presiden diwakili  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Naib-Naib Presiden diwakili TImbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir , Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Ketua Setiausaha Datuk Saifuddin Abdullah dan Bendahari M. Kula Segaran.
Turut diumumkan malam ini adalah logo Pakatan Harapan yang akan dikenali sebagai 'Harapan' yang dijangkakan akan didaftarkan ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)  selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu.
Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan rundingan gabungan itu untuk menetapkan pimpinan utama dalam Pakatan Harapan.
Struktur organisasi Pakatan Harapan, yang terdiri daripada pemimpin utama dari parti PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mesyuarat yang bermula jam 9.30 malam ini masih lagi berlansung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Sumber diperoleh sebelum ini membayangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan utama dalam gabungan itu, mungkin sebagai pengerusinya, sementara beliau masih di penjara.
Bagaimanapun, sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, beliau akan memastikan Anwar dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun untuk sabitan kes Liwat II, satu pertuduhan yang didakwanya bermotivasi politik.
Sebagai rekod dalam senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang tersebar pada awal bulan lalu, Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir dikatakan dilantik sebagai pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat Pakatan Harapan.
Dr Wan Azizah pula dikatakan menjadi timbalan pengerusi, sementara Azmin sebagai timbalan presiden, manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pula sekadar menjadi naib presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 14 Jun lalu menafikan Dr Mahathir akan dilantik sebagai pengerusi dan parti itu mempunyai struktur organisasi berbeza daripada senarai tersebar itu.

No comments:

Post a Comment