Pages

Saturday, 26 August 2017

[Video 'Kita Bersaudara' TAHNIAH Malaysia SYABAS Garudaku] Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak & Bekas PM Thailand Yingluck lari ke Dubai!

Ahad, 27 Ogos 2017



Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak
Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak
Pemain Thailand meraikan gol jaringan ketua pasukan Chenrop Samphaodi (dua, kanan) ketika menentang Myanmar pada aksi separuh akhir Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Selayang hari ini. - Foto Bernama

Bekas PM Thailand Yingluck lari ke Dubai, kata ahli parti


GLOBAL Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah lari ke Dubai, kata anggota kanan partinya pada hari Sabtu, sehari selepas dia gagal muncul di mahkamah  untuk pengumuman kes perbicaraan kecuaian terhadapnya.
Sumber-sumber dalam partinya, Parti Puea Thai, berkata bekas PM itu meninggalkan Thailand minggu lalu dan terbang melalui Singapura ke Dubai di mana abangnya, bekas PM Thaksin Shinawatra, hidup dalam buangan untuk mengelakkan hukuman penjara bagi sabitan rasuah.
"Kami dengar dia pergi ke Kemboja dan kemudian Singapura, kemudian berlepas ke Dubai dan selamat tiba dan kini berada di sana sekarang," kata seorang ahli kanan Parti Puea Thai yang enggan disebutkan namanya.
Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul, berkata polis tidak mempunyai rekod Yingluck meninggalkan negara itu.
Seorang wartawan Reuters tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan masuk ke kawasan kediaman ekslusif Emirates Hills di Dubai, di mana Thaksin mempunyai sebuah rumah.
Jurucakap Thaksin di Dubai tidak memberi respons kepada usaha Reuters untuk menghubungi Thaksin. Polis menganggarkan sehingga 3,000 penyokong telah berkumpul di luar mahkamah di Bangkok pada hari Jumaat di mana Yingluck dijadual hadir untuk mendengar keputusan kes perbicaraannya terhadap tuduhan melakukan kecuaian membabitkan dasar pembelian beras sewaktu pentadbirannya.
Tetapi Yingluck tidak muncul pada waktu yang ditetapkan dan mahkamah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan dia menyebutkan masalah telinga sebagai alasan tidak dapat hadir.
Mahkamah menolak alasan itu dan menangguhkan pengumuman keputusan itu kepada 27 September. Ia kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Yingluck.
Polis Imigresen berkata mereka akan menangkap Yingluck jika dia ditemui. Sumber-sumber yang dekat dengan keluarga Shinawatra berkata pada hari Jumaat bahawa Yingluck telah melarikan diri dari negara itu menjelang pengumuman keputusan itu.
Disingkirkan pada tahun 2014, Yingluck berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara jika didapati bersalah. Bekas menteri perdagangannya telah dihukum penjara dalam kes yang berkaitan selama 42 tahun, pada hari Jumaat.
Parti-parti politik yang diterajui atau disokong oleh keluarga Shinawatras telah menguasai politik Thailand, dengan memenangi setiap pilihan raya umum sejak tahun 2001.
Keluarga itu mempunyai sokongan yang besar di kawasan penduduk miskin, kawasan pendalaman di utara dan timur laut. [Baca berita penuh]
- Reuters
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment