Pages

Saturday, 12 August 2017

[Video Saya Akan Sembelih Lembu Keluarga Syarizat Selepas PRU14] Rafizi: PETUA MENANGANI PEMBENCI (“HATERS”) daripada pembenci penyokong kuat Umno & Pas!

Ahad, 13 Ogos 2017

Foto Rafizi Ramli.
PETUA MENANGANI PEMBENCI (“HATERS”)
Dalam bidang kerja saya, memang menjadi kebiasaan saya dimaki hamun, dicaci dan sebagainya. Saya selalunya tidak ambil kisah sangat dan tidak ada kesan pun kepada saya. Saya membaca seberapa banyak komen tetapi tidaklah begitu terkesan.
Jika jelas komen-komen yang dibuat mengandungi unsur lucah, menghina yang terlampau atau ia cybertrooper yang tidak berminat pun untuk mendengar semua pandangan (walaupun keputusan itu hak masing-masing), ada masanya komen sebegitu dibuang atau cybertrooper itu di-block kerana mereka hanya berminat untuk menimbulkan kemarahan dengan kata-kata kesat atau keterlaluan.
Namun sebahagian besarnya saya tidak ambil peduli sangat komen-komen yang bagi orang kebanyakan bunyinya kesat.
Berikut ialah petua menangani pembenci (“haters”) supaya hidup kita tidak terkesan dengan cacian orang lain yang kita tidak kenal dan dia pun tidak kenali.
1) Pembenci itu penyokong kuat Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat – Rujuk Specimen A dari Jamilah Milah
Tiada manfaatnya memarahi kakak ini atau cuba meyakinkan kakak ini mengenai kepincangan dalam negara yang menyebabkan kita membangkang Umno/Barisan Nasional. Cara terbaik ialah melawak dengan orang macam ini.
2) Pembenci itu penyokong kuat PAS yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak tepat kebenarannya sehingga cenderong ke arah memfitnah orang lain – Rujuk Specimen B1 dan B2 dari Ariff Ramlan
Ada baiknya diperbetulkan salah sangka dengan menyatakan kembali perkara-perkara sebenar supaya pembenci itu tidak mengulangi atau menyebarkan kenyataan-kenyataan yang cenderong kepada fitnah untuk membantunya menjauhi dosa.
Dalam kes Ariff Ramlan, dia menuduh saya suka menokok tambah cerita sehingga menjadi fitnah dan selalu kalah di mahkamah (kemudian menyusahkan rakyat dengan meminta derma). Saya harap fakta-fakta berikut boleh memperbetulkan salah sangka tersebut:
i) Setakat ini dari 6 kes saman yang dibawa terhadap saya akibat pelbagai pendedahan saya, hanya satu kes yang mahkamah memutuskan kenyataan saya berbaur fitnah iaitu saman kedua yang dibawa oleh NFC/Salleh Ismail terhadap saya (arahan membayar RM300,000 kepada NFC/Salleh Ismail). Saman pertama difailkan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil sendiri tetapi ditarik balik di tengah perbicaraan.
ii) Saman-saman yang lain: Dato’ Seri Zahid Hamidi berhubung skandal tanah LTAT/Deepak (selesai mahkamah dengan baik tanpa permohonan maaf), Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung skandal MARA (saya menang dan Sdr Khairul Azwan diarahkan membayar kos guaman dan kos tambahan kepada saya), LTAT berhubung kelewatan membayar pencen dan urusniaga LTAT & 1MDB (masih dalam proses perbicaraan), Dato’ Seri Najib & Datin Seri Rosmah berhubung penghapusan subsidi minyak (masih dalam proses perbicaraan, DS Najib/DS Rosmah membuat pelbagai permohonan dalam perbicaraan yang menyebabkan perbicaraan belum bermula sehingga kini).
iii) Hakim memutuskan kenyataan saya mengenai pembelian 8 unit hartanah di Ecocity adalah memfitnah bukanlah atas sebab perkara itu (pembelian 8 unit hartanah di Ecocity dengan dana NFC) tidak benar. Teras kepada penghujahan hakim ialah penggunaan perkataan “menyeleweng” di dalam kenyataan saya itu memberi gambaran NFC/suami DS Shahrizat Jalil berlaku tidak jujur apabila menggunakan dana NFC untuk membeli unit-unit hartanah itu. Hakim memutuskan bahawa sedang fakta kes mengesahkan dana NFC memang digunakan untuk pembelian hartanah itu, tiada bukti yang menunjukkan NFC/suami DS Shahrizat Jalil telah berlaku tidak jujur. Kenyataan saya yang menggunakan perkataan “menyeleweng” (dan bukannya salah guna) telah memberi gambaran NFC/suami DS Shahrizat Jalil telah tidak jujur dan itu dikira satu fitnah.
iv) Perkara di atas terkandung di dalam penghujahan penghakiman yang boleh dibaca di sini https://drive.google.com/open…
v) Perkara di atas dan penghujahan penghakiman itu dilaporkan oleh FMT di sini http://www.freemalaysiatoday.com/…/rafizi-diperintah-bayar…/ yang memberi penerangan panjang lebar mengenai penggunaan perkataan “menyeleweng”
vi) Mengenai kes saman TS Khalid Ibrahim ke atas Dato’ Saifuddin Nasution (atas kapasiti peribadi dan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN) dan Setiausaha Agung KEADILAN (yang disandang oleh saya pada ketika itu) mengenai dokumen 91 mukasurat yang memberi huraian sebab-sebab kenapa KEADILAN mengambil keputusan mahu menukar beliau sebagai Menteri Besar, kes itu diselesaikan di luar mahkamah dengan kedua-dua pihak saling memohon maaf atas permintaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan permintaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu kerana saya bimbang ia akan mengundang fitnah selepas itu, tetapi Dato’ Saifuddin Nasution bersetuju untuk akur dengan permintaan Dato’ Seri Anwar itu. Kenyataan saling meminta maaf itu direkodkan oleh mahkamah.
vii) Isu yang timbul selepas itu ialah apabila ada pihak yang mendakwa tidak timbul soal TS Khalid Ibrahim turut meminta maaf kerana beliau meminta maaf bersempena bulan Syawal, kerana permohonan maaf oleh TS Khalid Ibrahim ada menyebut perkataan “Syawal”. Saya memang telah membantah perkataan itu dari dimasukkan dari awal tetapi sekali lagi Dato’ Seri Anwar meminta supaya tidak dipanjangkan. Beliau hadir ke mahkamah pada hari itu untuk menjadi saksi dan pada pendapat beliau, jika dipanjangkan kes saman itu hanya akan membawa lebih banyak aib kepada semua pihak termasuklah TS Khalid yang terpaksa masuk kandang saksi memberi keterangan mengenai perkara-perkara yang terkandung di dalam dokumen 91 mukasurat itu.
viii) Oleh kerana kes saman TS Khalid Ibrahim itu berakhir dengan baik di luar mahkamah secara saling memaafkan (walaupun timbul isu lain yang menjadi mainan politik selepas itu), maka tidak ada sebarang penghakiman mengenai dokumen 91 mukasurat itu. Tidak ada sebarang arahan untuk menurunkannya atau menghalang dari dokumen itu diulang seperti mana kes-kes saman biasa apabila tukang saman telah menang kes.
ix) Sebab itu, sehingga ke hari ini dokumen 91 mukasurat itu masih lagi berada di laman blog saya seperti mana sejak hari pertama isu ini timbul. Dokumen 91 mukasurat itu boleh dibaca di http://rafiziramli.com/…/laporan-kes-kes-bersabit-integrit…/
x) Jika dokumen ini bersifat fitnah seperti yang sering dijaja terutamanya oleh penyokong PAS, saya sepatutnya telah disaman agar satu perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang saya dari menyiarkan dokumen ini. Sehingga kini, tidak pernah ada saman kerana tindakan menyaman saya bermakna TS Khalid Ibrahim perlu memberi keterangan bagaimana hutang RM70 juta dimaafkan oleh Bank Islam, seperti kandungan di dalam dokumen itu.
xi) Dalam kes saman DS Najib dan DS Rosmah mengenai penghapusan subsidi, saya tidak pernah meminta maaf kepada mereka, atau menafikan ada cincin-cincin mahal yang dibeli atau memberi alasan “saya bergurau”.
xii) Mereka menyaman saya atas alasan saya mendakwa “DS Rosmah telah menggunakan wang subsidi rakyat untuk membeli cincin”. Saya menjelaskan di dalam kenyatan bela diri bahawa ucapan saya tidak boleh dibaca secara harfiah (“literal”) sedangkan makna ucapan saya ialah bila subsidi dihapuskan oleh DS Najib, keuntungan dari hasil minyak negara pergi terus kepada Perdana Menteri/Menteri Kewangan dan penggunaannya diputuskan oleh Perdana Menteri. Ini menimbulkan risiko pembaziran dan pemborosan dalam keadaan isteri Perdana Menteri memang diketahui terkenal dengan gaya hidup begitu (ada cincin mahal).
xiii) Saya menjelaskan dalam kenyataan bela diri bahawa ucapan itu dibuat dalam gaya berseloroh seperti mana ucapan-ucapan ceramah. Perkataan “berseloroh” itulah yang diputarbelitkan oleh pihak tertentu kononnya apabila masuk ke mahkamah, saya mengaku saya hanya bergurau dan meminta maaf kepada DS Rosmah.
Saya tidak terkejut apabila perkara-perkara di atas memang sengaja diada-adakan oleh musuh politik saya yang tidak senang dengan pendedahan saya dan tumpuan saya kepada kes-kes penyelewengan.
Tetapi malanglah kalau jika hanya perbezaan parti menyebabkan kita tidak berhati-hati menyemak terlebih dahulu sehingga kita menuduh sesuatu (seperti Ariff Ramlan di atas) yang cenderong kepada fitnah.
Sebab itu dalam kes seperti Ariff Ramlan, tuduhan kononnya saya suka menokok tambah itu tidak betul. Saya yakin dia tahu dosa pahala kerana dia penyokong kuat PAS.
Jadi cara menangani pembenci sebegini ialah dengan menyatakan perkara dan fakta yang sebenar, moga-moga dia terdetik untuk tidak mengulanginya lagi.
Akan tetap ada yang terus mengulangi perkara-perkara yang cenderong kepada fitnah walaupun telah diberikan maklumat yang tepat.
Petua untuk menangani pembenci sebegini ialah dengan menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT untuk diselesaikan, saya memaafkan mereka semua kerana mereka manusia biasa yang terbawa-bawa dengan perasaan yang terlalu menebal.

No comments:

Post a Comment