Berkata benar walau terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.. Ditangkap, didakwa, dibuang kerja serta-merta atau dilucutkan jawatan...
Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki, BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin bongkak pertahankan 'PUTARJAYA'...
Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..
Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah..!!
Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki, BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin bongkak pertahankan 'PUTARJAYA'...
Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..
Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah..!!
DAHULU...
Bayar Tol Satu Jihad !!!
SEKARANG...
Pertahan Putrajaya di bawah pimpinan BN dianggap jihad !!!
Dah keluar AMANAT Shahidan ka atau AMANAT Najib ??!
HAR !!.. HAR !!.. HAR !!
Bayar Tol Satu Jihad !!!
SEKARANG...
Pertahan Putrajaya di bawah pimpinan BN dianggap jihad !!!
Dah keluar AMANAT Shahidan ka atau AMANAT Najib ??!
HAR !!.. HAR !!.. HAR !!
Hilang 3 peratus sokongan sudah cukup untuk Pas Kelantan hilang kerajaan
Jika 3% undi yang diperolehi oleh Pas Kelantan dalam PRU 13 hilang dalam PRU 14 nanti, Kerajaan Pas Kelantan akan tersungkur, kata Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamad.
Beliau mengulas kenyataan bahawa sokongan kepada Amanah hanya 0.5% seperti yang disebut oleh Ketua Pegawai Penyelidik dan Pakar Analisis Pas, Dr Zuhdi Marzuki.
"Antara faktor penyumbang kepada kehilangan 3% undi ini katanya termasuklah kebergantungan melampau Pas Kelantan kepada arwah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sehingga selepas kematiannya, menyebabkan ramai pengundi tidak berparti tidak lagi menyokong Pas.
"Pemimpin pengganti pula gagal meneruskan gaya pentadbiran almarhum terutama di sudut gaya hidup dan sikap yang ditunjukkan," katanya.
Katanya lagi, kelemahan tadbir urus sehinggakan hampir tiada apa apa dasar atau pendekatan baru pasca TGNA yang boleh memikat hati rakyat.
"Imej buruk yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin baru pas mengecewakan.
"Krisis pentadbiran kerajaan dan parti sehingga terpecatnya Dato Husam Musa dan penyingkiran dan penyisihan siapa saja yang dilihat sebagai " orang husam" dari lantikan politik dan jentera Pas,"ujarnya.
Menurutnya lagi, kelahiran Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bergabung dalam PH sebagai parti alternatif kepada Pas dan BN untuk mentadbir Kelantan.
Oleh itu persepakatan dan tawaran terbaik PH sebagai kerajaan baru Kelantan akan menjadi pilihan pengundi tidak berparti dan mereka yang kecewa dengan Pas dan BN.
"Kehilangan kepercayaan rakyat kepada Pas dan penolakan rakyat ke atas Umno dan BN akan membuka ruang seluas luasnya kepada Amanah bersama rakannya dalam PH mengambil tempat sebagai pengganti kerajaan Pas di Kelantan dan BN di Putrajaya," katanya.
No comments:
Post a Comment