Anwar ingatkan PKR, PH fokus masalah ekonomi dihadapi rakyat
Anwar mengingatkan yang PH harus terus berjuang menentang salah urus tadbir dan rasuah di bawah pentadbiran BN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2017.
PAKATAN Harapan (PH) mesti kekal fokus kepada menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang membebani rakyat, kata ketua umumnya, Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau mengingatkan yang PH harus terus berjuang menentang "salah urus tadbir dan rasuah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)".
"Saya cukup prihatin dan risau akan nasib rakyat dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negetif skim GST.
"Ketiga-tiga perkara ini telah menambah pelbagai tekanan dan beban rakyat Malaysia, yang seharusnya menerima nasib yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.
"Saya gesa Keadilan dan Pakatan harapan untuk memberi fokus terhadap masalah-masalah ekonomi yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari penjara.
Peringatan Anwar datang tepat pada ketika PKR sedang mengalami perselisihan dalaman tentang kerjasama dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
PH sebelum ini telah menyatakn pendirian tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PAS.
Anwar berkata kerajaan tidak boleh terus menafikan beban GST kepada rakyat.
"Kerajaan terus menafikan keadaan sebenar yang dialami rakyat, dan medai arus perdana yang dimiliki kerajaan terus diperguna untuk 'mengolah persetujuan' rakyat!" – 15 September, 2017.
The Malaysian Insight
No comments:
Post a Comment