Pages

Saturday, 9 September 2017

[Video Muhyiddin - KENAPA PERLU DIHUMBAN UmnoBN? Banyak Kepincangan Yang Berlaku Dalam Negara Perlu Diperbetulkan] Puad Zarkashi adalah kaki bodek minda lemah & Laporan polis dibuat terhadap Ketua Pengarah JASA.

Ahad, 10 September 2017

Related image
Student activists hold clown-faced caricatures of Malaysian Prime Minister Najib Razak (second right) and his wife Rosmah Mansor (second left) during a protest over the 1MDB scandal in Kuala Lumpur in August 2016. Photo: AFP

LAPORAN POLIS PERTAMA TERHADAP PUAD ZARKASHI

Saya telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pengarah JASA, Mohd Puad Zarkashi  yang telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah, celaan dan hinaan dengan berniat jahat untuk mengelirukan keseluruhan rakyat malaysia!!
Mohd Puad Zarkashi adalah kaki bodek minda lemah otak udang yang tidak faham asas undang-undang dan beliau meletakkan kepentingan agenda propaganda bodoh di atas segala-galanya.

Beliau kemungkinannya tidak mengikuti perkembangan siasatan Suruhanraya Siasatan Diraja (RCI) terhadap semua saksi-saksi setakat ini tetapi secara sengaja dan berniat jahat cuba memanipulasikan segala fakta siasatan yang telah diberikan oleh saksi ke 17 berkaitan urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia sekitar 1990-an. 

Saksi ke 17 iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan urusniaga matawang asing tersebut  secara bersendirian!!
Mohd Puad  Zarkashi nampak seolah-olah terlalu emosional dan kecewa dengan hakikat kebenaran kenyataan yang telah diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja baru-baru ini.

Saya nak bagi tahu Mohd Puad Zarkashi  'otak udang' ini sekiranya beliau mempunyai apa saja bahan bukti mengenai kerugian urusniaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1990-an; tolong tampil jadi saksi dan beri keterangan kepada jawatankuasa siasatan RCI!!

Apa motif Mohd Puad Zarkashi buat kenyataan media secara berunsur fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti relevan terhadap kes siasatan ini?!

Keseluruhan rakyat Malaysia nampak puak-puak bangang ini bersungguh-sungguh untuk mencemarkan kredibiliti serta imej Tun Dr Mahathir Mohamad agar masyarakat akar umbi memandang serong terhadap keikhlasan perjuangan mantan Perdana Menteri itu pada hari ini!!

Tetapi malangnya kerana Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak pernah menipu di dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang akhirnya fakta hakikat diberikan secara jujur oleh saksi ke 17 itu; situasi ini telah membuatkan Mohd Puad Zarkashi nampak amat kecewa!!

Ketua Pengarah JASA ini adalah seorang yang bodoh, bahlul, tolol dan bangang tetapi keseluruhan rakyat malaysia amat bijak pada hari ini sebagai makluman Mohd Puad Zarkashi!!

JASA tolong jangan hendak memperbodohkan rakyat Malaysia!! JASA hanya mampu untuk membahlulkan pemimpin-pemimpin UMNO saja!!

Pada realitinya, ahli-ahli UMNO pun akan gagal diperbodohkan oleh JASA!! 

Majoriti ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi sudah sedar dan semakin menyampah dengan segala unsur salahlaku rakus dalam pelbagai segi pemimpin-pemimpin mereka yang telah hilang wadah perjuangan mulia membela bangsa, agama dan tanahair!!

PDRM harus siasat secara professional, telus dan adil terhadap Ketua Pengarah JASA dalam isu kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab itu demi memelihara maruah dan martabat institusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta saksi-saksinya.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
9 September 2017.

No comments:

Post a Comment