BERSATU TERUS MENGGEGAR, GAMBARAN POSITIF UNTUK MENJADI KERAJAAN
Semalam telah diadakan majlis sambutan ulangtahun pertama kelahiran Bersatu. Majlis diadakan di Muar, Johor.
Sambutannya sungguh-sungguh di luar jangkaan. Di dalam dan di luar dewan penuh sesak dengan kehadiran yang menggambarkan rakyat begitu dahagakan perubahan.
Bukan saja rakyat Johor yang hadir, tetapi juga pendokong dan pencinta perubahan daripada seluruh negara.
Yang penting, mereka hadir tidak dibekalkan duit poket, tidak disediakan wang tambang, jauh sekali dipaksa hadir dengan dipaksa menaiki bas-bas percuma.
Semuanya hadir kerana sayangkan negara, diiringi semangat perubahan yang tidak pernah padam selagi kejayaan tidak berada dalam genggaman.
Gambar-gambar di bawah ini adalah saksi nyata bahawa Bersatu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan akan terus menggegar untuk menghalau pendurjana dan kleptokrat yang selama ini merosakkan negara serta membuatkan rakyat sengsara. (ShahbudinHusin 10/09/2017)
No comments:
Post a Comment