Pages

Friday, 8 September 2017

[Video LAGI FELDA RUGI BESAR! ~ Apa Nasib Peneroka Felda Masa Hadapan?] Mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan Selangor, tahniah Azmin!

Jumaat, 8 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan Selangor. Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang menerajui PH Selangor. Moga terus gagah menuju PRU 14...

PH Selangor akhirnya bermesyuarat, bentuk jawatankuasa

PH Selangor 02
Setelah lama ditunggu-tunggu, akhirnya Pakatan Harapan (PH) Selangor selesai mengadakan mesyuarat kali pertamanya di saat kewajaran perundingan PKR-Pas diteruskan menjadi perbahasan hangat di kalangan para pemimpin gabungan parti pembangkang itu.
Mesyuarat yang dipengerusikan timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali itu turut membentuk barisan kepimpinan PH Selangor.
Selain Azmin yang dilantik Majlis Presiden PH sebagai Pengerusi PH Selangor, mesyuarat pertama itu melantik empat timbalan pengerusi iaitu Tony Pua yang mewakili DAP, Ir Izham Hashim (Amanah), Datuk Abdul Rashid Asari (PPBM) dan Sivarasah Rasiah (PKR).
Setiausaha PH negeri disandang Zuraidah Kamaruddin (PKR) manakala penolong setiausaha Kamarul Hisham (Amanah).
Mesyuarat turut melantik Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai bendahari, pengarah pilihanraya Dr Xavier Jayakumar (PKR), pengarah penerangan Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM), pengerusi manifesto negeri Saari Sungib (Amanah) dan pengerusi biro guaman Gobind Singh Deo (Dap).
Azmin dalam satu kenyataan amat gembira dengan muafakat yang dizahirkan sepanjang perbincangan pagi tadi dan yakin perpaduan yang utuh dalam PH Negeri Selangor akan menjana kekuatan baru menjelang PRU-14.
Menurut beliau, mesyuarat pagi tadi memberikan tumpuan kepada pembentukan struktur kepimpinan PH Selangor yang bukan sahaja dianggotai semua parti komponen malah PH Selangor menampilkan kepimpinan yang berintegriti dan mewakili semua kaum termasuk kepimpinan wanita.
"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan PH Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri," katanya.
Kelewatan pembentukan sekretariat PH Selangor menimbulkan keresahan ahli dan penyokong akar umbi gabungan parti pembangkang itu memandangkan Selangor dianggap negeri paling berpotensi bagi PH.
Malah Azmin dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) turut menuntut Azmin sebagai pengarah pilihan raya PH untuk mengutamakan kesamarataan antara komponen parti dalam sekretariat yang bakal dibentuk.

2 comments:

  1. Walau pun sudah agak terlambat tetapi saya mengucapkan syabas kepada PH Selangor kerana mengadakan mesyuarat tersebut. Gembeling lah tenaga dengan se maksiman mungkin untuk kelangsungan pemerintahan di Selangor.

    ReplyDelete
  2. inilah yg tdk diingini Umno BN

    ReplyDelete