Har Har Har.. kejut ambo...
Petua, pedoman yg dikeluarkan oleh agamawan2 tersohor PAS ini telah merisaukan yg tidak sehaluan dgnnya di seluruh negara.
Jika berlaku banjir besar di sesuatu kawasan itu, alamatnya bakal ditawan oleh lobai2 tersohor..
Harap pemimpin2 tertinggi PH dapat buat persediaan bg mengelak berlakunya banjir besar kelak..
http://www.sinar.tv/ berita/ buletin-sinar-rabu-20-septe mber-2017-1.733398
Petua, pedoman yg dikeluarkan oleh agamawan2 tersohor PAS ini telah merisaukan yg tidak sehaluan dgnnya di seluruh negara.
Jika berlaku banjir besar di sesuatu kawasan itu, alamatnya bakal ditawan oleh lobai2 tersohor..
Harap pemimpin2 tertinggi PH dapat buat persediaan bg mengelak berlakunya banjir besar kelak..
http://www.sinar.tv/
ADAKAH DASAR PERJUANGAN UMNO SUDAH TAK LAKU UNTUK MENANG PILIHANRAYA?
Berikutan konon gagalnya sebuah misi besar yang akan menumbangkan kerajaan negeri Selangor Ahad lalu di mana akhirnya hanya kuda tua bergelar Mike Tyson yang muncul dalam sidang media tergempar, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa berkata, lebih ramai pemimpin-pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO selepas ini.
Katanya, pengumuman berhubung perkara itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Adakah ini benar atau sekali lagi, ia cuma sekadar penyedap cerita dan cubaan menutup rasa malu yang tak terkira?
Tetapi, kalaulah benar ada pemimpin parti-parti pembangkang yang akan menyertai UMNO, sudah tentu ianya melalui proses berbayar dengan kadar yang membolehkan mereka pencen dan membeli kebun berekar-ekar, apakah UMNO masih memerlukan gimik sedemikian rupa sebelum Najib Razak berani memanggil pilihanraya?
Apa yang dijualnya kepada pengundi - ideologi perjuangan atau suatu tayangan sokongan tipu-tipuan melalui pembelian?
Tindakan menunjuk-nunjuk bahawa ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO, sekali lagi disebut ia tentu bukan percuma, dengan jelas membuktikan ideologi perjuangan parti itu sudah tidak laku lagi untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.
Annuar Musa yang mengakui ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO sebelum pilihanraya akan datang hanya mengesahkan lagi hakikat itu.
Kenapa ideologi perjuangan UMNO sudah tidak laku?
Adakah UMNO sudah lari daripada asas perjuangannya dahulu?
Adakah dengan "membayar dan membeli" sekian ramai pemimpin pembangkang untuk menyertai UMNO, mampu membuatkan Najib terus kekal berkuasa lagi?
Hakikatnya, bukan lagi rahsia, terutamanya sejak Najib memimpin UMNO dan kerajaan pada 2009, setiap kali diadakan pilihanraya kecil, mesti ada gimik kemasukan beberapa pemimpin pembangkang ke dalam UMNO.
Malangnya, tidak semua gimik itu membuahkan kejayaan, setengahnya menghasilkan keputusan yang sama buruk juga dengan keputusan sebelumnya.
Malah dalam pilihanraya 2013, di sebalik berbagai gimik yang dipromosikan, Najib tetap lebih teruk penghasilannya berbanding keputusan pilihanraya 2008 yang dikendalikan oleh Pak Lah yang dikata banyak pihak sebagai pemimpin lemah.
Siapa yang salah, ideologi yang tidak meresap ke dalam jiwa atau nakhoda yang tidak berguna?
Dalam bab ini, menghairankan sekali kenapa UMNO tidak bersungguh-sungguh mempromosi ideologi perjuangannya, sama seperti parti-parti dalam Pakatan Harapan yang gigih dengan agenda reformasi, membanteras rasuah, penyelewengan, ketirisan, mensejahterakan kehidupan rakyat dan menyelamatkan negara?
Dengan hanya ingin mencapai kemenangan melalui tayangan palsu kononnya sokongan diterima melalui pemimpin-pemimpin yang dibayar untuk menyeberang, apa jadi kepada ideologi perjuangan dan apa yang ingin UMNO selamatkan dalam perjuangannya?
Atau mencapai kemenangan dan dan memastikan Najib terus kekal adalah satu-satunya matlamat perjuangan?
Jika demikian, tidakkah memberikan kemenangan kepada UMNO dan BN secara khususnya hanya untuk menyelamatkan kedudukan peribadi Najib dan keluarganya semata-mata, bukan masa depan parti yang dulu tradisinya adalah membela rakyat jelata?
Jika Najib selamat, apa yang rakyat dapat atau hanya Jho Low mendapat nikmat? (ShahbudinHusin 20/09/2017)
No comments:
Post a Comment