Pages

Friday, 29 September 2017

[Video Tun M - Kerajaan yang betul akan menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan] Penahanan pensyarah terkenal antarabangsa Mustafa Akyol, di KLIA memalukan Malaysia sekali lagi.

Jumaat, 29 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.

"DIANTARA KESEDERHANAAN SERTA TOLERANSI DAN SIKAP EXTRIM."
1) Penahanan pensyarah terkenal antarabangsa Mustafa Akyol, seorang warga Turki, di lapangan terbang Antarabangsa KLIA menggemparkan dan memalukan Malaysia sekali lagi. Tiada banyak berita yang positif dan baik dari Malaysia kebelakangan ini. Hanya campur tangan bekas Perdana Menteri Turki Abdullah Gul dan beberapa orang kenamaan dari kalangan Istana telah dapat membebaskan beliau untuk berlepas ke Amerika Syarikat di mana beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Denver dan pernah juga memberi syarahan di Universiti Oxford. Beliau tidak pernah ditahan dimana-mana Negara sebelum ini dan berpendapat hanya sebuah negara yang ultra konservatif di benua Arab di jangka boleh bertindak sedemikian rupa, tetapi tidak dijangka bolih berlaku di Malaysia.
2) Apa telah terjadi kepada Malaysia Negara yang kita pernah kenal penuh dengan toleransi dan pemimpin yang bijaksana terdahulu ? Baru-baru ini isu kedai dobi untuk orang Islam sahaja, insiden penahanan seorang lelaki berseluar pendek diambil tindakan dan sekarang seorang pensyarah yang dijemput oleh pihak NGO - Islamic Renaissance Front pula di tahan oleh JAWI.
Soalannya bukan hanya orang persendirian yang melakukan perkara ini tetapi pihak Kerajaan di pihak tertinggi juga menjadi pencetus perbuatan extrim seperti ini. Seorang mufti dari Negeri pantai timur Pahang telah menyatakan secara terbuka bahawa ahli parti DAP adalah dari golongan kafir harbi dan boleh di perangi. Ada juga guru agama tertentu secara terbuka menghukum sesama Islam halal darah, di mana mereka ini boleh di hapuskan. Kerajaan berdiam diri tanpa tindakan. Sebenarnya para extremis agama telah berada di kalangan kita dan tak perlu kita menunggu kemasukkan ISIS atau Daesh untuk membawa masuk budaya takfiri kedalam negara kita. Kenapa kerajaan mengambil sikap terus berdiam diri ?
3) Kalau kerajaan boleh menangkap mereka yang di tuduh kononnya "liberal" kenapa tiada tindakan langsung keatas mereka yang mengeluarkan kenyataan perlampau dan extrim seperti tuduhan khafir harbi serta halal darah ? Tidak ada kenyataan langsung yang di buat. Bukan kah tindakkan kenyataan extrim ini lebih merbahaya kerana melibatkan keselamatan nyawa mereka yang dituduh ? Nampak gayanya apabila kenyataan di tujukan kepada pihak kurang mesra kerajaan di buat tidak ada tindakan walaupun betapa bahayanya kepada nyawa yang di tuduh.
4) Menteri luar Malaysia Dato Anifah Aman baru-baru ini telah menyatakan badan Global Movements of Moderates yang telah di tubuhkan oleh Najib untuk mengutamakan konsep sikap kesederhanaan, akan dihantar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bercakap tentang sikap anti extrimis dan mengajar nilai kesederhanaan . Mengapakah kerajaan membenarkan sikap yang extrim dan takfiri terus ujud di negara sendiri tetapi menampilkan image kesederhanaan di peringkat antarabangsa ? Ini lebih ketara dengan hampirnya tarikh PRU 14. Rakyat Malaysia amat keliru dan kecewa sementara masyarakat antarabangsa memandang sikap kerajaan penuh kontradiksi dan banyak percangahan.
5) Sudah sampai masanya Malaysia kembali kepada polisi sikap penuh kesederhannan dan toleransi yang telah di hormati dunia dahulu. Sikap kerajaan hari ini mengundang golongan extrim tempatan berkembang dan menambah pengaruh mereka. Pertumbuhan pihak extrim tempatan ini adalah jauh lebih merbahaya dari kemasukan pelampau agama seperti ISIS dari luar. Anak serta cucu kita mungkin akan menjadi mangsa golongan ini. Islam mengajar kesederhanaan serta toleransi dalam berdakwah dan inilah yang membuat Malaysia pernah di hormati dan di contohi oleh Negara lain sebelum ini. Apa telah terjadi kepada Negara Malaysia kita yang pernah kita kenali dan berbangga satu masa dahulu ?
Raja Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
29 Sept 2017

No comments:

Post a Comment