TU DIA !!... Sejarah Tak Pernah Menipu.
MASIH INGAT.. Seorang pemimpin melayu Umno memegang portfolio Exco Hal Ehwal Agama di sebuah negeri diperintah Umno/BN dgn selamba berkata.. "..Pengisian program (#Oktoberfest) tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka."
NAMPAK TAK !!
Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya menangani masalah sosial di Kelantan daripada mencampuri urusan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017'.
Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu.
"Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu.
"PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk?
“Kenapa PAS hendak sibuk?," katanya yang dipetik portal Berita Harian hari ini.
Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta itu yang diterima 28 Ogos lalu atas faktor keselamatan.
Pesta itu sebelum ini dicadang diadakan selama dua hari mulai 6 Oktober di Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur.
Susulan itu, penganjur didakwa membuat permohonan baru kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sehubungan itu, Rabu lalu, Bendahari PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata parti itu akan membuat bantahan sekiranya pihak berkuasa memberi kelulusan.
malaysiakini.
No comments:
Post a Comment