Pages

Thursday, 26 October 2017

[Video BENARKAH!~AMANAH BERTAHAN 2 TAHUN JE? Betoi ka?] BELANJAWAN 2018 Bukti PH komited menjunjung harapan rakyat & Rakyat kini jadi mangsa kerajaan yang TAK SENONOH!

Khamis, 26 Oktober 2017

Foto Rafizi Ramli.
Dapatkan Dokumen Bajet Alternatif Pakatan Harapan di sini :
Foto Parti Amanah Negara.

BELANJAWAN 2018 BUKTI PAKATAN HARAPAN KOMITED MENJUNJUNG HARAPAN RAKYAT

1. Pemuda AMANAH Nasional mengucapkan jutaan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana berjaya menyediakan Belanjawan Alternatif 2018 yang sangat baik dan menyeluruh. Belanjawan dengan tema "Belanjawan Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan" yang telah dibentangkan semalam menunjukkan bahawa gabungan politik pembangkang ini komited menjunjung harapan rakyat Malaysia terbanyak.

2. Realiti hari ini mengkehendakkan isu-isu utama seperti pendapatan, kos sara hidup, agenda wanita dan anak muda perlu menjadi perhatian yang sewajarnya. Pakatan Harapan mengambil serius tentang perkara ini dan ia diaplikasikan di dalam Belanjawan Alternatif 2018.

3. Bercakap soal kos sara hidup, Pakatan Harapan bertekad untuk mengembalikan subsidi bahan api sekitar RM1 bilion kepada rakyat Malaysia bagi kelas kenderaan tertentu. Selain itu, kami juga komited akan menghapuskan semua jalan bertol di Malaysia secara berperingkat.

4. Masalah pendapatan rakyat terus menjadi titik penting yang difokuskan oleh Pakatan Harapan dengan memperkenalkan gaji minimum RM 1,500 sebulan yang dibiayai secara bersama oleh kerajaan. Malah, Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan akan diperbaharui agar memberi lebih impak yang besar dalam menentukan tahap gaji keseluruhan.

5. Lebih menarik lagi, agenda memertabatkan pendidikan negara terus dibawa dengan menfokuskan pendidikan universiti awam secara percuma serta memberi penekanan lebih besar kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memperluaskan program Latihan Berkembar Vokasional German (GDVT) ke seluruh Negara.

6. Pemotongan RM300 juta untuk perubatan dan rawatan serta RM2 bilion kepada universiti awam yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan dikembalikan semula. Malah, dana khas sebanyak RM 700 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf kemudahan dalam semua jenis sekolah di dalam negara ini.

7. Untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Malaysia, kaedah pembayaran bulanan bernilai RM100 akan diperkenalkan di Lembah Klang bagi membenarkan perjalanan tanpa had bagi rangkaian Rapid, LRT dan MRT. 1,000 bas tambahan akan diwujudkan bagi kawasan yang tiada rangkaian kereta api terutama di kawasan kos perumahan rendah dan perumahan mampu milik. Lebih banyak pusat atau hab pengangkutan juga akan dibina bagi memperluaskan perkhidmatan bas secara menyeluruh.

8. Akhir sekali, Pemuda AMANAH Nasional percaya bahawa melalui belanjawan alternatif ini, Barisan Nasional tidak dapat menafikan dan menandingi belanjawan PH kerana belanjawan ini perlu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang bebas rasuah dan berintegriti.

Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

No comments:

Post a Comment